Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda baca yang lebih tepat bagi contoh ayat yang diberikan ialah tanda titik bertindih (:). Salah satu fungsi tanda titik bertindih adalah untuk memperkenalkan atau menambah keterangan. Contohnya seperti yang berikut: i. Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. ii. Ketika saya bercuti, saudara hendaklah melaksanakan kerja yang berikut: Sunting manuskrip saya hingga siap. Uruskan semua ilustrasinya.
Thanks for clicking. That felt good.