rendah kolesterol atau kolesterol rendah dan rendah lemak atau lemak rendah , jika kita mahu beriklan"GLICEMIC INDEX rendah " atau " rendah GLICEMIX INDEX" ? Terima Kasih. | Dalam pangkalan data kami istilah yang ada ialah rendah kolesterol dan lemak rendah. Istilah yang dibina daripada frasa lemak rendah lebih banyak dalam pangkalan data kami. Oleh itu, kami cadangkan frasa Glisemik Indeks Rendah. | Istilah | 02.07.2012 |
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan dalam ayat di bawah ? 1)Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan Febuari. 2) Sesaorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi menghadapi penyakit jantung. 3)Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia. | 1) Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan Febuari. Perkataan yang betul ialah kemasukan, iaitu perkataan masuk menerima apitan ke-...-an bukannya apitan ke-...-kan. 2) Sesaorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi menghadapi penyakit jantung. Perkataan yang betul ialah berlebihan. 3) Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia. Perkataan yang betul ialah delegasi dan menubuhkan. | Tatabahasa | 27.03.2014 |
EJAAN TERKINI BAGI PERKATAAN BERIKUT : 1. WALAUBAGAIMANA PUN 2. KE12 3. KOLESTROL 4. BERTERIMAKASIH | Ejaan terkini bagi perkataan-perkatan berikut: - Walau bagaimanapun
- ke-12
- Kolesterol
- Berterima kasih
| Ejaan | 20.04.2011 |
Maaf sebenarnya soalan saya adalah 'plasma total bilirubin' iaitu total bilirubin dalam plasma, adakah istilah bahasa malaysia untuk total bilirubin, total cholesterol? terima kasih | Untuk makluman, istilah plasma total bilirubin, total bilirubin dan total cholesterol tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, dalam bidang Perubatan terdapat beberapa padanan istilah untuk total, iaitu jumlah, keseluruhan, total dan lengkap. Oleh itu, cadangan istilah untuk total bilirubin ialah jumlah bilirubin dan istilah untuk total cholesterol ialah jumlah kolesterol. | Istilah | 19.04.2011 |
Perbezaan antara analitikal, analitik dan analisis? | Dalam Kamus Dewan Perdana (KDP), kata analitikal dan analitik mempunyai makna yang sama. Namun, kata analitik lebih tepat dan kerap penggunaannya berbanding kata analitikal. Kedua-kedua kata ini mempunyai dua makna, iaitu: 1. (tentang penyelidikan, pendekatan dan sebagainya) bersifat analisis; 2. mampu atau berkebolehan untuk menganalisis sesuatu (KDP2020: 92). Contoh ayat bagi kata analitikal dan analitik: Terapi ini akan merangsang otak kiri yg bersifat analitik supaya lebih aktif.• Dia mempunyai pemikiran yang analitik.•Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Kata analisis pula mempunyai makna yang berbeza yang merujuk penelitian atau penyelidikan untuk mengkaji sesuatu. Makna ini dipecahkan kepada tiga dan berbeza mengikut konteks penggunaannya. Makna analisis dalam KDP ialah: 1. penelitian secara terperinci dan mendalam daripada pelbagai aspek, faktor dan sebagainya untuk mengetahui keadaan sebenar, sebab musabab dan sebagainya; 2. penyelidikan secara terperinci dan mendalam dengan menggunakan kaedah statistik untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan atau menjelaskan sesuatu keadaan; 3. penyelidikan secara saintifik untuk mengetahui kandungan atau juzuk sesuatu (KDP2020: 91). Contoh ayat bagi kata analisis: Analisis penulisan novel fiksyen golongan Tionghoa peranakan sudah disampaikan kepada editor jurnal.•Banyak analisis telah dilakukan berhubung kesan pelaburan syarikat asing di negara Dunia Ketiga.• Analisis darah dilakukan untuk mengetahui tahap kolesterol dalam darah seseorang. | Makna | 11.03.2025 |