Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lo.kial] | کولوکيال

Definisi : (Lin) bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan ‘kau orang’ itu adalah frasa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolokial


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah definisi bahasa cakap mulut atau bahasa kolokial di Malaysia?apakah ciri-ciri bahasa kolokial di Malaysia?apakah kesan bahasa kolokial dalam masyarakat di Malaysia? siapakah yang mengamalkan bahasa kolokial di Malaysia?Dari segi linguistik membawa maksud bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan. Tidak menggunakan tatabahasa dan sebutan yang baku. Kesannya jadi bahasa rojak yang tidak tepat dari segi hukum bahasa. Masyarakat kebanyakan termasuk orang Melayu sendiriLain-lain21.09.2006
apakah bahasa kolokial dan bahasa basahanMenurut kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku). Ini bermakna bahasa basahan juga bahasa kolokial.Lain-lain29.01.2007
Apakah perbezaan bahasa kolokial dan bahasa slanga?Bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku) manakala bahasa slanga ialah bahasa yang menggunakan kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan dlm percakapan tidak rasmi).Makna18.01.2007
takrif bahasa dan contoh : - taboo - kreol -kolokial - pigin,

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa kreol: bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. 

Istilah04.07.2010
Terangkan maksud perkataan berikut dan penggunaannya: a) perkataan taboo (kata larangan) b) pidgin c) kreol d) kolokial e) bahasa rojak

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak:  bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. 

Makna04.07.2010
APAKAH DEFINISI BAGI DIALOG DALAM TULISAN, DIALOG RASMI, DIALOG TIDAK RASMI, DIALOG BAKU DAN DIALOG KOLOKIAL

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dialog bermaksud: 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kam­pung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pe­mandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. Dalam konteks soalan yang dikemukakan, dialog dalam tulisan bermaksud tulisan yang berkaitan dengan perbualan atau percakapan yang ditulis dalam skrip, novel dan cerpen. Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak  yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi: perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi   seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku: perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial: perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah.  

Tatabahasa28.09.2010
Assalamualaikum, Pertanyaan saya adalah mengenai istilah PENGKID. Dari mana asalnya istilah PENGKID yang merujuk wanita yang berpakaian dan bergaya seperti lelaki dan mempunyai selera seks terhadap kaum sejenis (wanita). Sekian Terima Kasih.

Saudara Sharah,

Dalam sumber rujukan kami, belum ada istilah pengkid yang dirakamkan secara rasmi. Perkataan ini juga mungkin bersifat kolokial/slanga. Saudara digalakkan membuat rujukan di mana-mana pusat sumber untuk mengetahui asal usul perkataan ini.

Lain-lain27.08.2009
Tuan, sila rujuk lampiran. Terima Kasih.Tahniah atas usaha tuan menggunakan Kamus Dewan bagi memastikan penggunaan kata yang baik. Dan sebagai pengguna kamus kita perlu tahu label yang digunakan pada entri kamus. Dalam Kamus Dewan perkataan macho diikuti tanda arah perkataan maco. Maka kita perlu merujuk perkataan di depan tanda arah, iaitu maco. Perkataan "maco" dilabelkan sebagai "bp", iaitu bahasa perckapan. Jika dilihat dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan perkataan macho juga diberi label colloq (colloquial). Kolokial atau bahasa percakapan tidak digunakan dalam konteks rasmi. Dan iklan meruapakan ranah rasmi yang boleh menjadi penanda aras kebakuan bahasa yang digunakan.Istilah27.09.2012
minta jelaskan maksud bahasa taboo, bahasa pidgin, bahasa kolakial dan bahasa rojakBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak:  bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. Makna19.06.2010

Kembali ke atas