maksud perkataan Perwira dan Satria | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perwira merupakan istilah sastera lama yang bermaksud berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel. Bagi satria pula, ejaan yang betul ialah sateria yang ditakrifkan sebagai kesateria yang bermaksud perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani; | Istilah | 18.06.2009 |
Assalamualaikum, Saya dari Unit Perhubungan Awam Maritim Malaysia ingin menanyakan berkenaan istilah pangkat dalam Maritim Malaysia iaitu - Kepten (Maritim), saya cuba membuat carian dalam http://prpm.dbp.gov.my/ tidak ditemui tetapi hanya istilah kapten(Tentera darat) yang ditemui. Untuk makluman pihak tuan, untuk pangkat Kepten dalam Maritim Malaysia adalah sama dengan pangkat dalam tentera Laut (Kepten TLDM) dan Pangkat Kolonel dalam Tentera Darat. Saya juga telah beberapa kali berhubung dengan editor surat khabar untuk memaklumkan berkenaan istilah tersebut, mereka memberitahu bahawa istilah Kapten sahaja yang ada dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Macam mana saya hendak memaklumkan secara rasmi kepada DBP tentang istilah pangkat dalam Maritim Malaysia. Pihak tuan boleh merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2004 (Skim Perkhidmatan Pegawai Penguatkuasa Maritim dan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguatkuasa Maritim). http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2004/pp062004.pdf. Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas makluman tuan. Kami mencadangkan maklumat tersebut disalurkan secara rasmi (secara bertulis) kepada pihak yang berkepentingan, iaitu Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera yang bertanggungjawab dalam penyediaan manuskrip kamus dan istilah (untuk penambahbaikan pada masa akan datang). Maklumat berkenaan boleh dihantar kepada Encik Rusli bin Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 02.12.2015 |