Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mer.sial] | کومرسيال

Definisi : berkaitan dgn atau bersifat perdagangan: kepentingan dan tujuan ~; nilai-nilai ekonomi dan ~; bangunan ~; mengkomersialkan menjadikan sesuatu sbg barang dagangan: usaha Rahim ~ filemnya telah mencetuskan kritikan; aspek-aspek ~ seni pertukangan menolong meninggikan taraf seni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komersial


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan komersialkomersialEjaan15.06.2011
tuan apakah bezanya perkataan komersial dgn komersil. adakah komersial digunakan untuk maksud perniagaanEjaan yang betul ialah komersial (tidak ada ejaan komersil dalam bahasa Melayu).Ejaan21.09.2011
Apakah ejaan yang betul 'komersil' atau 'komersial' terima kasih.komersialTatabahasa26.11.2007
Perkataan KOMERSIL dan KOMERSIAL. Contoh ayat : Pangkalan Data Komersil atau Komersial Apakah perkataan yang perlu digunakan? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah komersial (tidak ada ejaan komersil dalam bahasa Melayu).Ejaan03.04.2016
salam hormat.. saya ingin tahu bagaimana sesebuah novel itu boleh dikategorikan sebagai novel yang mempunyai nilai komersial & nilai intelektual serta bagaimana pula sebaliknya?Salam hormat. Untuk pengetahuan saudara, novel yang mempunyai nilai komersial ialah novel yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya. Antara ciri-ciri novel komersial ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah yang tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel komersial juga merupakan novel popular yang diminati oleh golongan remaja. Novel intelektual pula ialah novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel intelektual, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. Lain-lain08.01.2010
Ejaan bagi perkataan ; komersial atau komersil, efisien atau efisyenEjaan yang betul ialah komersial dan efisien.Ejaan21.07.2009
Bagaimana ejaan yang betul untuk perkataan berikut : 1. Komersial @ Komersil terima kasihEjaan yang betul ialah komersial.Ejaan15.01.2009
1. Apakah yang dimaksudkan "Pembangunan Komersial" sesuatu kawasan. 2. Apakah Yang dimaksudkan "Estetika" sesuatu bangunan? terima kasih.

1. Pembangunan komersial bermaksud perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan dan perkembangan ataupun usaha/kegiatan  membangunkan (memajukan dan mengembangkan) sesuatu yang berkaitan dengan atau bersifat perdagangan.

2. Estetika bermaksud  cabang falsafah yg mengkaji konsep yg berkaitan dgn keindahan, cita rasa, dll.

Makna22.04.2010
Salam, saya keliru dengan ejaan yang tepat bagi KOMERSIAL atau KOMERSIL? Mohon pencerahan. Terima kasih
Ejaan yang betul ialah KOMERSIAL (tidak wujud ejaan komersil dalam bahasa Melayu).
Ejaan10.04.2018
Apakah perkataan komersil ataupun komersial yang sesuai digunakan dalam ayat seperti ditandakan merah pada lampiran fail?Ejaan yang betul ialah komersial.  Oleh itu, dalam konteks ayat yang diberikan, ejaan yang betul ialah pengkomersialan.Ejaan20.11.2012
1234

Kembali ke atas