integrity -makna kompeten -makna | integriti - kejujuran, ketulusan kompeten - cekap, layak atau sempurna | Makna | 03.04.2007 |
MAKNA KOMPETEN DAN MAKNA KOMITED | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kompeten ialah cekap, layak, dapat menjalankan tugas dgn sempurna; 2. berhak (berkuasa) melakukan atau memutuskan sesuatu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih. | Makna | 22.05.2008 |
Salam tuan, bagaimanakah kedudukan hierarki antara istilah mahir, pakar, cekap, kompeten dan terampil? | Dari segi makna, khususnya dalam kamus bahasa Melayu, tiada susunan hierarki bagi kata mahir, pakar, cekap, kompeten dan terampil. Saudara bolehlah merujuk kepada pihak atau organisasi yang membuat penilaian bagi sesuatu pencapaian yang menggunakan skala tertentu bagi membezakan nilai bagi kata-kata tersebut. Untuk mendapatkan maklumat, khususnya makna bagi sesuatu kata dalam bahasa Melayu, sila rujuk kamus yang terkini terbitan DBP iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 30.04.2024 |
Apa terjemahan yang disarankan bagi 'cervical incompetence' (perubatan)? | Terjemahan yang boleh digunakan bagi istilah 'cervical incompetence' ialah serviks tak kompeten.
| Penyemakan dan penterjemahan | 13.12.2019 |
Apakah saranan terjemahan bagi 'cervical incompetence' (Perubatan)? | Terjemahan yang boleh digunakan bagi istilah "cervical incompetence" ialah serviks tak kompeten atau kelemahan serviks, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 17.12.2019 |
Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang komen tuan berkenaan 6 ayat dibawah,adakah betul penyusunan,penggunaan "dan" dan "dalam",serta penggunaan koma.jika salah,saya mohon pencerahan dan ayat yang betul. 1-ke arah menjadi sebuah syarikat yang kompeten,berintegriti,dan antara yang terbaik menjelang 2030. 2-memastikan setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan berkualiti dan bermutu. 3-konsisten dalam melaksanakan kajian dalam usaha penambahbaikan dan meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan. 4-memberi komitmen yang terbaik kepada para pelanggan,pelabur dan rakan kongsi. 5-memanfaatkan penggunaan teknologi terkini dalam penghasilan produk dan perkhidmatan. 6-memasarkan dan memperkenalkan produk secara aktif dan konsisten | Waalaikumussalam, Penggunaan "dan", "dalam" dan tanda koma dalam 6 ayat yang diberi adalah betul. Cuma berikan jarak selepas tanda koma. | Lain-lain | 14.10.2016 |