Penggunaan perkataan yang betul " Islamik kompetensi" atau "Kompetensi Islamik" Mohon mendapatkan penggunaan ayat yang betul bagi tajuk thesis. Terima Kasih | Penggunaan perkataan yang betul ialah “kompetensi islamik” atau “kemahiran islamik”, sekiranya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris, Islamic competency. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 844. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.06.2025 |
Ejaan Kompetensi | Kompetensi | Ejaan | 10.01.2012 |
Adakah dibolehkan penggunaan perkataan inggeris yang dimelayukan seperti Ekplorasi dan Kompetensi, contoh: Eksplorasi Air Bawah Tanah; kompetensi pegawai. Terima kasih. | Perkataan “eksplorasi” dan “kompetensi” telah terakam sebagai entri dalam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat; oleh itu, boleh digunakan. | Istilah | 28.06.2018 |
salam 1 malaysia. manakah contoh ayat berikut yang sesuai digunakan untuk penggunaan perkataan 'masing-masing'. 1. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, serta masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. 2. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, dan 1 item masing-masing dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. mohon cadangan ayat yang sesuai. t.q | Terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu ilmu asas sebagai guru dan atribut profesional masing-masing 4 item, dan subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar masing-masing 1 item. | Tatabahasa | 01.09.2015 |
salam 1Malaysia, apakah perkataan "dalam" ayat berikut sesuai digunakan? mohon cadangan perkataan lain/ayat lain (jika ada) Ini bermakna, bidang kompetensi porfesional guru yang paling banyak mencapai tahap kompetensi yang tinggi ialah pengetahuan guru dalam kandungan mata pelajaran. tq | Ayat yang diutarakan tidak jelas dari segi makna. Ini bermakna, kompetensi profesion guru yang paling banyak mencapai tahap kompetensi yang tinggi ialah pengetahuan guru terhadap kandungan mata pelajaran. | Tatabahasa | 02.05.2015 |
Mana satu yang lebih tepat penggunaannya? Kajian Pembangunan Kompetensi Kepimpinan atau Kajian Pembangunan Kompetensi Kepemimpinan? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1716, kepimpinan bermaksud kebolehan atau keupayaan untuk memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin. Kamus Dewan Edisi Keempat (PRPM). Berdasarkan definisi tersebut, ayat yang lebih tepat ialah Kajian Pembangunan Kompetensi Kepemimpinan. | Tatabahasa | 30.09.2024 |
salam 1Malaysia, saya memohon cadangan ayat untuk contoh pernyataan di bawah: contoh ayat: Dalam kelompok respons agak ramai, terdapat tiga belas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi mengikut sub konstruk dan bilangan item masing-masing iaitu Ilmu Asas Sebagai Seorang Guru (4 item), Pedagogi (3 item), Atribut Profesional (3 item), dan masing-masing 1 item dalam sub konstruk Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran, pengurusan dan Pembangunan Sekolah, dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. tq | Dalam kelompok responden yang ramai, terdapat tiga belas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu Asas Sebagai Seorang Guru (4 item), Pedagogi (3 item), Atribut Profesional (3 item), dan masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran, Pengurusan dan Pembangunan Sekolah serta Pembangunan dan Kebajikan Pelajar. | Tatabahasa | 02.05.2015 |
adakah perkataan berikut boleh digunakan: 1. kompetensi 2. fasiliti atau fisiliti 3. subkomponen 4. survival 5. persisten | Kompetensi boleh digunakan yang bermaksud kecekapan; fasiliti tidak digunakan, boleh digantikan dengan kemudahan; fisiliti kepada kefisilan (bidang Geologi); subkomponen boleh digunakan dalam perkara sukatan atau butiran; survival digantikan dengan hidup atau kewujudan atau peninggalan; persisten tidak digunakan, dan gantikan dnegan berterusan, berulang-ulang, atau tidak henti-henti. | Makna | 18.03.2008 |
salam 1Malaysia, soalan saya: adakah perkataan "masing-masing" diletakkan dalam contoh ayat berikut sesuai digunakan bagi menjelaskan hasil keputusan analisis. mohon pembetulan. tq Contoh ayat: keputusan analisis menunjukkan perbezaan min kompetensi guru antara responden guru lelaki-perempuan (2.0), guru sekolah rendah-sekolah menengah (3.0) , guru berpengalaman mengajar 1-5 tahun - guru berpengalaman 6-10 tahun (4.0). Ini menunjukkan bahawa, min kompetensi responden guru Lelaki, guru Sekolah Rendah, dan guru yang berpengalaman mengajar 6-10 tahun masing-masing lebih tinggi berbanding responden guru Perempuan, guru SM, guru berpengalaman mengajar 1 – 5 tahun. | Keputusan analisis menunjukkan perbezaan yang minimum kompetensi guru antara responden guru lelaki dengan guru perempuan (2.0), antara guru sekolah rendah dengan guru sekolah menengah (3.0) , antara guru berpengalaman mengajar 1 -5 tahun dengan guru berpengalaman 6-10 tahun (4.0). Ini menunjukkan bahawa, minimum kompetensi responden guru Lelaki, guru Sekolah Rendah, dan guru yang berpengalaman mengajar 6-10 tahun masing-masing lebih tinggi berbanding responden guru Perempuan, guru SM dan guru berpengalaman mengajar 1 – 5 tahun. | Tatabahasa | 17.08.2015 |
salam 1 Malaysia, soalan saya: apakah perkataan yang lebih sesuai untuk ayat berikut: "bagi" atau "dalam" contoh 1 : Namun begitu, keputusan analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi guru dalam subkonstruk Pengurusan bilik darjah bagi tiga angkubah demografi iaitu jantina, lokasi dan pengalaman mengajar. contoh 2 : Namun begitu, keputusan analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi guru dalam subkonstruk Pengurusan bilik darjah dalam tiga angkubah demografi iaitu jantina, lokasi dan pengalaman mengajar. tq | Salam, Ayat yang betul ialah "Namun begitu, keputusan analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi guru dalam subkonstruk Pengurusan bilik darjah bagi tiga angkubah demografi iaitu jantina, lokasi dan pengalaman mengajar." | Tatabahasa | 17.08.2015 |