Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
komposisi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan gubahan: ciptaan, karangan,

2. Bersinonim dengan bahagian: komponen

Kata Terbitan : mengkomposisi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Apakah yang dimaksudkan dengan asas fotografi dan berikan huraian tentang... -komposisi -mesej -teknik fotografi (mengikut prinsip fotografi)

Terima kasih atas soalan anda. Sila rujuk bahan seperti dibawah :

 1. Filem dan Fotografi oleh Ian Graham . terbitan DBP : 2005   2. Fotografi olehSujana Mohd Rejab terbitan DBp tahun 1993
Lain-lain25.02.2009
Saya ingin memastikan ejaan yang tepat untuk kata terbitan' komposisi' dalam tesarus Bahasa Melayu DBP, memberikan kata ' mengkomposisi' sedangkan dalam Kamus Dewan edisi ke-4 , kata terbitannya menggugurkan pangkal huruf asal, 'mengomposisikan'. Adakah kaedah yang sama unyuk kata'kompos'? Mengompos atu mengkompos?

Ejaan yang betul ialah ‘mengomposisikan’ dan ‘mengompos’. 1">

Ejaan22.01.2015
Hi DBP, Di Zurich, kami baru sahaja memperkenalkan terma baharu untuk ejen dan konsultan kami iaitu 'Wealth Planner'. Terdapat beberapa pilihan dalam BM yang kami kini sedang pertimbangkan: 1) Perancang Kekayaan 2) Perancang Harta 3) Perancang Harta Kekayaan Bolehkah DBP nasihati kami berkenaan ini. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi wealth ialah kekayaan seperti yang digunakan dalam istilah cukai kekayaan, komposisi kekayaan dan pengagihan kekayaan. Oleh yang demikian, perancang kekayaan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2018

Kembali ke atas