| Mohon berikan perkataan Bahasa Melayu bagi 'Medically Compromised Patient'. Saya sudah semak pesakit berkompromi perubatan. Soalannya bolehkah saya dapatkan terjemahan yang lebih berbahasa Melayu baku tanpa perkataan kompromi? Sekian, terima kasih | Dalam data kami, perkataan yang sinonim dengan kompromi ialah penyelesaian, persetujuan, persepakatan dan tolak ansur. Kami mencadangkan puan boleh menggunakan penyelesaian bagi maksud kompromi, pesakit penyelesaian perubatan. | Istilah | 13.11.2013 |
| Saya mohon untuk papan tanda dan pada logo ada slogan iaitu "Save Environment Without Compromise". Saya telah terjemahkan kepada "Memelihara Alam Sekitar Tanpa Kompromi" tapi pihak DBP meminta untuk tukar kepada ayat yang lebih baik. Jadi, boleh pihak tuan/puan mencadangkan ayat yang lebih sesuai untuk menggambarkan slogan tersebut. Terima kasih atas bantuan dan pertimbangan. | Terjemahan yang sesuai dengan penggunaan papan tanda/iklan ialah Memelihara Kelestarian Alam Sekitar atau Sayangi Alam Sekitar. Perkataan kompromi tidak sesuai digunakan pada papan tanda/iklan kerana membawa maksud tindakan yang tegas, tiada tolak ansur dan tiada pengecualian. Ayat pada papan tanda/iklan bertujuan untuk memujuk atau memberikan kesedaran kepada pengguna. | Istilah | 10.06.2026 |