Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mu.ni.ka.tif] | کومونيکاتيف

Definisi : sedia atau dapat berhubungan (mengadakan komunikasi), dapat atau mudah menyampaikan sesuatu maksud (maklumat dsb): sajak-sajak yg dihasilkan oleh generasi Usman dan Masuri bersifat ~; kekomunikatifan keadaan atau perihal komunikatif: tingkat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komunikatif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Bagi penggunaan kata ganti nama diri 'kamu' dengan 'kalian', manakah penggunaan kata yang paling tepat digunakan bagi merujuk bilangan yang ramai? Adakah penggunaan kata ganti nama diri kamu juga boleh digunakan untuk ramai? Adakah penggunaan kata ganti nama diri kalian tidak komunikatif dan jarang digunakan berbanding dengan penggunaan kata ganti nama diri kamu?Kalian bermaksud kamu semua. Apabila orang yang menjadi lawan bercakap itu ramai kata ganti nama yang betul ialah kalian atau kamu semua. Kata ganti nama diri kamu digunakan bagi orang yang lawan bercakap tetapi boleh membawa maksud anda dan anda sekalian.Tatabahasa10.06.2013
1. Perkataan 'sekaligus' dan 'sekali gus', yang mana adalah betul. 2. Bagaimana untuk membezakan penggunaan 'ialah' dan 'adalah'. Harap dapat beri penjelasan beserta beberapa contoh ayat...

1. Ejaan yang betul ialah sekali gus.

2. Kata pemeri ialah hadir di hadapan Frasa nama contohnya; Antara perkara yang dibincangkan dalam buku itu ialah pentingnya penterjemahan dari segi..., manakala penggunaan kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang penterjemahan semantik lawan terjemahan komunikatif.

Ejaan04.12.2008

Kembali ke atas