Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komuniti 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT?Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development  atau  pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud  perkembangan atau kemajuan komuniti.  Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita.Lain-lain04.03.2009
maksud perkataan/istilah: 1. laman sesawang 2. kursus pendek 3. komuniti setempat

1. laman sesawang - laman web

2. kursus pendek - yang betul ialah kursus jangka pendek - kursus yang diadakan dalam tempoh yang singkat. 

3. komuniti setempat - masyarakat setempat / di satu tempat sehaja.

Makna12.03.2009
Tuan, Untuk setiap dua set tiga ayat yang berikut yang manakah betul dari segi tata bahasanya? 1a) Guru sebagai pemimpin komuniti. 1b) Seorang guru sebagai pemimpin komuniti. 1c) Seorang guru sebagai seorang pemimpin komuniti. 2a) Seorang guru perlu menjadi seorang pengurus kelas yang baik. 2b) Seorang guru perlu menjadi pengurus kelas yang baik. 2c) Seorang guru perlu menjadi seorang pengurus kelas yang baik. Didahului dengan ribuan terima kasih. Yg benar, Mark.Bagi ayat nombor 1, ayat yang betul ialah 1a, iaitu Guru sebagai pemimpin komuniti.  Manakala ayat nombor 2, dicadangkan ayat berikut : Seseorang guru perlu menjadi pengurus yang baik.Tatabahasa15.11.2010
Salam, Antara dua cadangan nama bagi kemudahan (fasiliti) berikut yang manakah lebih sesuai dan tepat untuk dijadikan sebagaibkata nama khas? a) Pusat 3R Komuniti, atau b) Pusat Komuniti 3R 3R ialah reduce, reuse & recycle Sekiranya tuan mendapati salah satu atau kedua-duanya jawapan boleh diterima pakai, adakah penggunaan perkataan seperti berikut juga tidak menjadi satu kesilapan untuk digunakan. c) Pusat 3RKomuniti; atau d) Pusat Komuniti3R Apa yang membezakan sesebuah kemudahan apabila diberi nama antara stesen dan pusat? contoh 1, mengapa stesen bas bukannya pusat bas? contoh 2, mengapa pusat pentadbiran kerajaan, bukannya stesen pentadbiran kerajaan? Adakah perkataan berikut memerlukan perkataan di disambungkan atas sebab ianya menunjukkan sebagai satu perbuatan iaitu dikitar semula atau di kitar semula? Kerjasama tuan sangat dihargai. Sekian, terima kasih.Assalammualaikum WM WBT.
SOALAN 1. Yang lebih sesuai ialah Pusat Komuniti 3R. Tidak boleh digunakan sama ada Pusat Komuniti3R atau Pusat 3RKomuniti.
SOALAN 2. Kamus Dewan mentakrifkan stesen (stésén) sebagai bangunan perhentian kereta api atau bas, tempat (bangunan dan sebagainya) yang mempunyai peralatan khas untuk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu: ~ radio; ~ hidroelektrik; ~ jana kuasa;, saluran gelombang radio. Dalam hal soalan saudara, pusat bermaksud punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dan lain-lain, tempat yang menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dan sebagainya yang utama atau tertentu. Maka dari segi maksud jelas menunjukkan perbezaan penggunaan stesen dan pusat.
SOALAN 3. Yang betul ialah "dikitar semula". Kata sendi "di" dieja jarak apabila menunjukkan tempat dan masa. Contohnya, saya tinggal di Johor Bahru. Selain tempat dan masa, "di" dieja rapat.
Tatabahasa23.04.2014
1) Dalam Kamus Dewan dinyatakan bahawa sebutan 'erat' menggunakan e pepet. Namun, mengapakah komuniti masih menggunakan e taling untuk sebutan erat itu ? Justeru, adakah kita perlu mengikut Kamus Dewan ataupun kebiasaan dalam komuniti? Contoh: Bersukan mampu mempererat hubungan antara satu sama lain. 2) Apakah perbezaan antara 'bersama' dengan 'bersama-sama' ?

1. Walaupun perkataan ini tidak tergolong dalam homonim (seperti sepak dan sepak), masyarakat wajar menyebutnya seperti dalam pedoman/kamus.  

2. Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya ialah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. 

Tatabahasa01.04.2010
Salam Sejahtera, Tuan, Sektor HIV/STI/Hep C, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM akan mengadakan sambutan Hari AIDS Sedunia peringkat Kebangsaan pada 1 Disember 2019. Tema sambutan tersebut di dalam bahasa Inggeris ialah, "Communities Make the Difference". Terjemahan yang dicadangkan adalah, "Komuniti Membawa Perubahan". Sektor HIV/STI/Hep C seterusnya ingin memohon khidmat nasihat daripada DBP untuk pengesahan terjemahan tema tersebut di dalam bahasa Melayu ATAU pindaan sekiranya terjemahan adalah tidak tepat. Pehatian dan kerjasama DBP di atas perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Dr. Mohd Hafizuddin Bin Mahfot Ketua Penolong Pengarah, Sektor HIV/STI/HEP C, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, Malaysia. MMC No. : 68147 Office : +6038834373 Mobile : +60126300480 eMail : mhdhafizuddin@moh.gov.my

Terjemahan yang dicadangkan oleh pihak tuan bagi "Communities Make the Difference", iaitu Komuniti Membawa Perubahan sesuai digunakan sebagai tema sambutan tersebut.

Istilah15.11.2019
Tolong translate 3 perkataan ini 1) Banking Hub 2) Vibrant Business Community 3) Winnig Reason to InvestTerjemahannya ialah 1. hab/pusat perbankan. 2. Komuniti Niaga Cemerlang. 3. Sebab- sebab menguntungkan untuk melabur. Walau bagaimanapun terjemahan yang berikut boleh berubah mengikut konteks tertentu.Istilah23.03.2007
apa beza maksud ungkapan 'komunitiku sayang' dengan ungkapan 'komuniti kusayang'

Untuk makluman, kata ganti nama singkat hendaklah ditulis rapat dengan kata yang diterangkan, sama ada di pangkal kata kerja atau di hujung kata nama. Jika dilihat kepada frasa yang diberikan, komuniti merupakan kata nama dan sayang pula kata adjektif.  Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah komunitiku sayang.1">

Tatabahasa01.01.2020
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang masuk perkataan "rawatan" di mana Kamus Dewan Edisi Keempat memberi maksud "hasil merawat". Perkataan "merawat" pula bermaksud "memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga (orang sakit dll) dgn memberi ubat dsb" dengan merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat. Justeru, soalan saya adalah seperti berikut: (1) Adakah "rawatan" juga bererti memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga komuniti atau populasi (sekumpulan orang) selain individu yang sakit (orang sakit)? (2) Bagi ayat "...dengan memberi ubat dan sebagainya", adakah "sebagainya" termasuk usaha pencegahan penyakit (seperti imunisasi bagi penyakit berjangkit, pemfluoridaan bekalan air dan penyapuan varnis fluorida untuk mencegah kerosakan gigi atau karies gigi, dan sebagainya), serta promosi kesihatan (termasuk promosi kesihatan pergigian) bagi amalan cara hidup sihat, selain pemberian ubat? Hal ini kerana vaksin, kompaun fluorida ditambah ke dalam bekalan air dan varnis fluorida yang disapu pada permukaan gigi ialah ubat yang dapat mencegah penyakit, justeru memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga kesihatan komuniti atau populasi. Selain itu, promosi kesihatan juga dapat memelihara, membela, dan menjaga kesihatan komuniti atau populasi. Sekian, terima kasih. Wong Siong Ting 0168979770(a) Selain memberi maksud hasil merawat (Kamus Dewan Edisi Keempat), perkataan rawatan juga bermaksud jagaan atau usaha yang dilakukan ketika merawat (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

(b) Perkataan “dan sebagainya” dan “dan lain-lain” ialah padanan dalam bahasa Melayu untuk “et cetera”. Perkataan “dan sebagainya” dalam ayat yang dinyatakan membawa maksud usaha lain yang dilaksanakan selain daripada memberikan ubat, contohnya, memberikan imunisasi wajib, mengadakan kempen kesihatan dan lain-lain).
Makna27.07.2020
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang maksud perkataan "rawatan" di mana Kamus Dewan Edisi Keempat memberi maksud "hasil merawat". Perkataan "merawat" pula bermaksud "memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga (orang sakit dll) dgn memberi ubat dsb" dengan merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat. Justeru, soalan saya adalah seperti berikut: (1) Adakah "rawatan" juga bererti memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga komuniti atau populasi (sekumpulan orang) selain individu yang sakit (orang sakit)? (2) Bagi ayat "...dengan memberi ubat dan sebagainya", adakah "sebagainya" termasuk usaha pencegahan penyakit (seperti imunisasi bagi penyakit berjangkit, pemfluoridaan bekalan air dan penyapuan varnis fluorida untuk mencegah kerosakan gigi atau karies gigi, dan sebagainya), serta promosi kesihatan (termasuk promosi kesihatan pergigian) bagi amalan cara hidup sihat, selain pemberian ubat? Hal ini kerana vaksin, kompaun fluorida ditambah ke dalam bekalan air dan varnis fluorida yang disapu pada permukaan gigi ialah ubat yang dapat mencegah penyakit, justeru memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga komuniti atau populasi. Selain itu, promosi kesihatan juga dapat memelihara, membela, dan menjaga kesihatan komuniti atau populasi. Sekian, terima kasih. Wong Siong Ting 0168979770

a)   Selain memberi maksud hasil merawat (Kamus Dewan Edisi Keempat), perkataan rawatan juga bermaksud jagaan atau usaha yang dilakukan ketika merawat (Kamus Pelajar Edisi Kedua). 1">

1"> 

b)   Perkataan “dan sebagainya” dan “dan lain-lain” ialah padanan dalam bahasa Melayu untuk “et cetera”. Perkataan “dan sebagainya” dalam ayat yang dinyatakan membawa maksud usaha lain yang dilaksanakan selain daripada memberikan ubat, contohnya, memberikan imunisasi wajib, mengadakan kempen kesihatan dan lain-lain.

Makna27.07.2020
12

Kembali ke atas