Ariy Alias Dec. 15 4:09PM assalamualaikum bolehkah admin dbp bantu saya bagaimana cara saya boleh pergi ke dbp menggunakan perkhidmatan komuter n lrt saya dari stesen komuter shah alam seksyen 19 sekian, terima kasih | Stesen Hang Tuah dan perlu berjalan kaki ke DBP (Sekitar 5 ke 7 minit sahaja) Atau boleh juga menggunakan Monorel - Stesen Maharajalela (Berjalan kaki ke DBP sekitar 5 ke 7 minit) | Lain-lain | 15.12.2015 |
Mohd Danish Hakim Fauzi THU 11:32AM Assalamualaikum, saya menggunakan perkhidmatan komuter untuk berulang alik ke tempat kerja. Cuma minggu lepas KTM telah meletakkan papan tanda prosedur keselamatan di setiap gerabaknya. Di sini saya cuma ingin bertanya mengenai ejaan yang betul bagi perkataan samada prosedur atau prosidur. Sila lihat gambar yang dilampirkan. Jika berlaku kesalahan diminta pihak DBP untuk menegur pihak KTM. Sekian terima kasih. | Tiada gambar yang disertakan. Sila kemukakan aduan tuan berserta gambar melalui portal "Pantau Tegur Bahasa". | Lain-lain | 11.12.2015 |
Salam sejahtera. Terdapat sejenis basikal yang dinamakan sebagai "commuter bike". Bolehkah diterjemah sebagai basikal komuter, atau mungkin basikal ulang-alik? Memandangkan basikal jenis ini lazimnya digunakan untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja, atau tempat belajar. Terima kasih. | Kami mencadangkan commuter bike diterjemahkan kepada basikal ulang-alik. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.07.2015 |
maksud Sistem pengangkutan awam yang cekap dari perspektif sosial, ekonomi dan perdagangan (business) | Sistem pengangkutan awam yang cekap bermaksud sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api, komuter, teksi dan PUTRA yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. Dari segi sosial, sistem pengangkutan awam mampu memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat, manakala dari segi ekonomi dan perdagangan, sistem pengangkutan awam mampu menyediakan prasarana dalam jaringan pusat pertumbuhan ekonomi seperti kilang, pelabuhan, kewangan dan pasaran. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang berkaitan. | Makna | 11.08.2008 |
Chin Tsin FRI 17:24 Chin Tsin Chin Admin, Selamat Petang. Blh tanya mcm mana pergi Dwan DBP dgn pengangkutan awam? Terima kasih. | Tuan boleh memilih untuk menaiki komuter atau LRT, sila rujuk laman web yang berkaitan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 30.09.2016 |
Salam tuan/puan, Bolehkah tuan/puan klasifikasikan setiap satu daripada contoh yang saya berikan sama ada betul ialah kata nama am tak hidup institusi atau tidak. - makmal (cth: pihak makmal menyediakan kelengkapan untuk menjalankan uji kaji) - kompleks kraf - kompeks sukan - kompleks beli-belah - kompleks kebudayaan - stesen bas - stesen komuter - stesen teksi - bengkel - klinik - restoran (cth: Chef Arzuk menerima penghargaan daripada pihak restoran atas sumbangannya selama ini) - rumah orang tua - rumah anak yatim - kafe siber (cth: Pengunjung membuat aduan kepada pihak kafe siber tentang kerosakan komputer) - kilang roti - kilang buku Bolehkah tuan/puan nyatakan beberapa lagi contoh lain selain yang terdapat di dalam tatabahasa dewan? Terima kasih. Jasa baik tuan/puan amat saya hargai. | Kata nama am tak hidup institusi : makmal (cth: pihak makmal menyediakan kelengkapan untuk menjalankan uji kaji) - kompleks kraf - kompeks sukan - kompleks beli-belah - kompleks kebudayaan - stesen bas - stesen komuter - stesen teksi - bengkel - klinik - restoran (cth: Chef Arzuk menerima penghargaan daripada pihak restoran atas sumbangannya selama ini) - rumah orang tua - rumah anak yatim - kafe siber (cth: Pengunjung membuat aduan kepada pihak kafe siber tentang kerosakan komputer) - kilang roti - kilang buku | Tatabahasa | 08.09.2014 |
Tuan Salam Sejahtera Untuk makluman tuan, saya kini melanjutkan pelajaran saya di UPM dan sedang menjalankan penyelidikan di bawah bimbingan Prof Madya Samsilah Roslan berkenaan dengan tajuk "commuter families". Pihak kami memerlukan bantuan tuan dalam memberi pandangan dan nasihat berkenaan dengan penggunaan perkataan "commuter families" dan "commuter" dalam bahasa Malaysia. Istilah dan maklumat lebih telah saya lampirkan untuk pengetahuan pihak tuan. Sekian, Terima kasih Siaw Yan Li 012-9519247 | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk commuter families. Istilah bahasa Melayu untuk commuter ialah pengulang-alik atau komuter. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah keluarga komuter. | Istilah | 24.09.2012 |