Dellan Kong JUM 10.01 PTG Selamat petang, nak tanya tentang pengesahan ejaan Bahasa Kebangsaan. Saya sedang mendaftar lesen banting dan saya perlu kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah saya perlu pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat kebenaran sebelum saya boleh mendaftar banting saya? Terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan secara dalam talian (online) melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 19.05.2017 |
Kong Wai berdiri di tepi pantai sambil melihat ombak yang putih. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan putih itu adakah sesuai digantikan dengan perkataan memutih? | Ya, boleh: Kong Wai berdiri di tepi pantai sambil melihat ombak yang memutih. | Tatabahasa | 12.05.2020 |
1.Adakah kata hubung pancangan relatif "yang" ialah digraf? 2.Adakah "yang" ialah morfem?Kalau ialah morfem,dikira sebagai morfem bebas atau terikat? 3.Berikut merupakan dua ayat majmuk.Adakah kedua-dua ayat majmuk boleh diterima?Dalam buku Dewan Tatabahasa, terdapat contoh ayat a. a. Kong Hee tidak hadir semalam kerana sakit. b. Kong Hee tidak hadir semalam kerana dia sakit. 4.Perkataan "lengkuas" mempunyai digraf (leng) dan vokal berganding(kuas). | 1. Perkataan "yang" boleh menjadi sebahagian daripada digraf sama seperti perkataan lain juga yang mempunyai dua huruf berturutan dan mewakili satu bunyi. 2. Perkataan "yang" juga sebahagian daripada morfem. 3. Ayat majmuk yang betul ialah "Kong Hee tidak hadir semalam kerana sakit". 4. Contoh yang tuan berikan dengan merujuk perkataan lengkuas, betul. | Tatabahasa | 10.10.2015 |
Penterjemahan My name is Nadiah Ismaon and I am an oversea student in Hong Kong. I'm taking International Baccalaureate (IB), a diploma program and I need a book which is translated into Malaysian language. I take Malaysian language as one of my subject and this is one of my course to read a book that originates from a different country and translated to Bahasa Melayu. So, I have attached a list of the books that I could choose from. I need your help to check if any of these books is available in Malay language (Malay Edition) as soon as possible. I only need one book from this list except for graphic novel genre. If there is anything or any news please contact me at nadiah_rocks@hotmail.com. Please and thank you. | Pertanyaan saudara adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP menangani masalah yang berkaitan dengan hal-hal kebahasaan seperti ejaan, istilah dan tatabahasa, sastera dan penerbitan seperti proses penerbitan, royalti dan karya terbitan DBP. Sila kunjungi laman web www.dbp.gov.my dan cari maklumat yang diperlukan pada ikon Pustaka Digital atau hubungi Perpustakaan Negara Malaysia di www.pnm.my. | Makna | 22.07.2011 |
Salam sejahtera. Saya ingin tahu padanan dalam BM untuk "financial crocodiles". Contoh ayat seperti berikut: Some international financial crocodiles will soon come to Hong Kong to cause damage to our financial system. Terima kasih! | Kami mencadangkan "jerung kewangan" sebagai padanan bahasa Melayu untuk financial crocodiles. | Istilah | 10.12.2018 |
Tuan/ Puan, Saya seorang penulis sewasta yang ingin mengembangkan bahan-bahan belajar bahasa Cina yang sesuai digunakan oleh penutur asli Melayu. Saya ingin bertanya bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan ini secara percuma di Perpustakaan Negara? Kalau tidak, bagaimana individu di publik boleh memohon perkhidmatan ini dan berapakah yuran tersebut? Sekian terima kasih. -- Yang benar, Kong SK | Sila berhubung dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 05.04.2010 |
saya memerlukan Jurnal berkaitan dengan latihan dan pembangunan dalam sumber manusia. | Sila rujuk bahan ini : | Lain-lain | 24.07.2008 |