Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda drpd kayu atau besi yg ber­lubang yg dikenakan pd leher orang salah atau orang tahanan (utk menghukumnya atau mencegahnya drpd lari), pasung; mengongkong 1. mengenakan kongkong pd, memasung, membelenggu: ia ditangkap, diheret dan kemudian dikongkong dlm sebuah pondok kecil; 2. ki membatasi (kebebas­an, pergerakan, dll), menghalangi, menye­kat: ia ingin bebas, tidak dikongkong oleh berbagai-bagai peraturan dan disiplin yg keras; 3. mengepung, melingkungi: pasukan tentera yg dikirimkan itu mula ~ askar musuh yg terperangkap; 4. meliputi, men­cakupi, merangkumi: ilmu kedoktoran ~ ilmu anatomi, perubatan, kesihatan, dll; terkongkong terbelenggu, terikat, tersekat (bkn kebebasan dll): semua orang yg ~ kebebasan asasinya berhak menuntut kebebasan; pemikiran penulis masih kuat ~ oleh keadaan alam sekelilingnya; kongkongan ki perihal terkongkong, ikatan, sekatan, cengkaman: dlm negara yg mengamalkan demokrasi, mahkamah keadilan bebas drpd ~ pemerintah; puas ia mencari jalan melepaskan dirinya drpd ~ lelaki yg tidak disukainya itu; pengongkongan 1. perihal atau perbuatan mengongkong (memasung, membelenggu), pemasungan, pembelengguan; 2. perihal atau perbuatan mengongkong (membatasi, meng­halangi menyekat), pembatasan, penghalang­an, penyekatan; pengongkong orang yg suka mengongkong (kebebasan, pergerakan, dll), penghalang, penyekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kongkong I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah perkataan kerongkong dan belalai dikatakan perkataan berimbuhan sisipan dari perkataan kongkong dan belai?

Saudara,

Perkataan kerongkong dan belalai merupakan kata dasar. 

Ejaan24.10.2010

Kembali ke atas