Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konklusi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, sila periksa konklusi saya sama ada konklusi saya adalah betul atau salah. Berikut merupakan konklusi pertama saya. Sebentar lagi ada beberapa konklusi lagi. Tolong bantu saya. Terima Kasih! 1. negara Malaysia (betul) Negara Malaysia (salah) 2. negeri Pahang (betul) Negeri Pahang (salah) 3. sungai Tigris (betul) Sungai Tigris (salah) 4. tamadun Mesopotamia (betul) Tamadun Mesopotamia (salah) 5. hospital Pakar Malaysia (betul) Hospital Pakar Malaysia (salah) 6. program Kecemerlangan Pelajar (betul) Program Kecemerlangan Pelajar (salah)Salam Sejahtera. Secara umumnya, jika contoh-contoh frasa yang diberikan merupakan permulaan ayat, maka semua huruf pertama pada pangkal ayat perlu menggunakan "huruf besar". Bagi kata nama khas, seperti nama negara, nama negeri, nama tamadun dan nama lengkap yang khusus bagi program atau aktiviti perlu digunakan "huruf besar". Berdasarkan contoh frasa saudara, saya perlu membuat penentuan awal, iaitu semua contoh merupakan frasa di tengah-tengah ayat bukan di permulaan ayat. Oleh itu, 1.negara Malaysia 2.negeri Pahang 3. Sungai Tigris 4.Tamadun Mesopotamia 5.hospital pakar Malaysia 6.program kecemerlangan pelajar.Ejaan29.04.2014
Bolehkah perkataan 'konklusi' dalam karangan digunakan kerana dalam pertandingan pidato atau bahas, kita selalu dengar pelajar menggunakan perkataan 'konklusi'.Konklusi tidak digunakan, yang betul ialah kesimpulan.Istilah11.08.2008
Berikut merupakan konklusi saya yang kedua. 1. Datuk Dolhi bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat yang baharu. (a) bercadang untuk menubuhkan (salah) (b) bercadang menubuhkan (betul) Dalam jawapan tuan, apakah maksud penggunaan "bercadang untuk + meN...kan dianggap lewah" ?? 2. Seminar ini bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar SMK Air Cerah (a) bertujuan meningkatkan (betul) (b) bertujuan untuk meningkatkan (salah) Tolong check adakah penganalisisan saya ini betul. Terima kasih!Selepas bercadang tidak perlu ditambah perkataan "untuk" kerana tidak memerlukan kata sendi nama.Makna29.04.2014
1. Bagaimanakah menggunakan perkataan dasawarsa, maslahat,konklusi dan enigma dalam ayat?Dasawarsa ialah masa sepuluh tahun, dekad. Maslahat dr bahasa Arab bermaksud sesuatu yang berfaedah. Konklusi pula dr bahasa Inggeris yg bermaksud kesudahan ataupun penutup (conclusion). Manakala enigma bermaksud sesuatu yg sukar difahami (kabur). Contoh penggunaan dlm ayat: 1. Hampir satu dasawarsa Amilah menunggu kepulangan suaminya yang telah ditahan oleh pihak Belanda.2. Para pembaca kitab Tajussalatin akan memperoleh maslahat seperti yang dinyatakan oleh pengarangnya. 3. Pengguna bahasa digalakkan menggunakan bahasa Melayu terlebih dahulu disebabkan bahasa Melayu mempunyai nilai estetika yg tersendiri. 4. Sama penerangan seperti dalam 3 di atas.Tatabahasa01.07.2008
perkataan lain yang seerti dengan kesimpulankonklusi.Tatabahasa26.08.2007
dalam penulisan karangan untuk sekolah, bolehkah digunakan perkataan yang yang di "si" atau "di" kan. contoh studi = belajar, kesimpulan= konklusi, tempoh= durasi, pengguna=konsumer dan lain. BM dah jadi bahasa Indonesia dan bahasa rojak. amat mengelirukanPengguna perlu menggunakan bahasa Melayu jika perkataan tersebut mempunyai terjemahan atau padanannya dalam bahasa Melayu. Lain-lain02.01.2020
Salam tuan, saya ingin mendapatkan kepastian tentang penggunaan perkataan : i) bahasa melayu atau bahasa malaysia. yang mana satu betul untuk digunakan. Contohnya, akta dalam bahasa inggeris telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu atau bahasa Malaysia. ii) perkataan konklusi...bolehkah perkataan digunakan bagi menggantikan perkataan secara keseluruhannya? harap tuan dapat membantu. Sekian terima kasihI. Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu. Begitu juga dari aspek ilmu bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu, maka bahasa Melayu yang digunakan. Walau bagaimanapun pada tahun 2006 Kabinet mengeluarkan arahan bahawa perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat dan dalam konteks perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

ii. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, konklusi ialah keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan.
Tatabahasa03.06.2013
SEJAK BELAKANGAN INI, BANYAK KATA PINJAMAN DARIPADA B.INGGERIS DI'MELAYU'KAN. SAYA ADA MENYEMAK KAMUS DEWAN EDISI KE-4, KATA PINJAMAN ITU DITERIMA PAKAI MASUK DALAM DAFTAR ISTILAH. SEBAGAI CONTOH: CELEBRITY MENJADI SELEBRITI, CONCLUSION MENJADI KONKLUSI, PADAHAL KITA BOLEH TERJEMAHKAN KEPADA BAHASA MELAYU (ORANG YANG TERKENAL DAN KESIMPULAN). SAYA SEDIA MAKLUM B.MELAYU MEMPUNYAI SIFAT MUNDAH LENTUR DAN MUDAH MENERIMA PELBAGAI BAHASA TETAPI KENAPA KITA TIDAK MENGAMBIL LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU ITU SENDIRI??Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu. Pengumpulan kata baru dan penghuraian makna bagi kata baru serta pengemaskinian makna pada kata yang sedia ada dibuat berdasarkan kajian korpus dan juga berdasarkan maklumat daripada kamus lain yang disusun dan yang diterbitkan oleh DBP sendiri, dan juga kamus terbitan penerbit lain. Kata-kata tertentu yang merupakan kata pinjaman diterima pakai sebagai istilah dalam bidang-bidang khusus dan sebagai Kata pinjaman digunakan dalam konteks khusus dan teknikal.         Lain-lain27.04.2008
SESUAIKAH PERKATAAN 'TUNTASNYA' MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' DALAM KARANGAN? WAJARKAH KITA MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KONKLUSINYA' BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' SEDANGKAN PERKATAAN TERSEBUT HANYALAH PINJAMAN SAHAJA. APA PENDAPAT TUAN?

Saudara Nor Aznim,

Perkataan tuntas bermaksud menyeluruh, sempurna, lengkap,segala-galanya. Perkataan kesimpulan bermaksud 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhan­nya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pen­dapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanak­kanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara. Oleh itu, daripada kedua-dua makna tersebut, perkataan 'tunta' tidak sesuai digunakan, manakala perkataan 'konklusi' bukan varian bagi perkataan 'kesimpulan'.   

Tatabahasa17.05.2010
Saya ingin melakukan sedikit pencerahan dalam kamus dewan edisi keempat berkenaan perkataan 'sahabat'. Maksud yang dibawa bersama adalah pengikut. Contoh yang dibawakan adalah "pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi" iaitu sahabat nabi pengikut nabi. Setakat pengetahuan cetek saya, kita pada hari ini walaupun pengikut nabi Muhammad S.A.W bagaimanapun bukanlah dikategorikan sebagai sahabat nabi. Hal ini kerana pendefinisian sahabat nabi daripada sebahagian ulama' adalah berlainan. Antaranya sebagaimana yang didefinisika oleh Ibnu Hajar al-Asqalani : الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim. Sumber : Al-hafiz Ibn Hajar Nukhbat al-Fikar, Beirut : Dar al-Ihya, jil 1, hal. 230. Al_-Suyuti, Tadrib al-Rawi, aktabah Ruyad al-Haadisah, jil. 2, hal. 209. Sebagai konklusi, saya merasakan perlu ada dalam entri 'sahabat' khusus bagi mendifinisikan sahabat nabi seperti 'sahabat nabi' sebagai ~ ialah mereka yang sempat bertemu dengan nabi ,beriman dan mati dalam keadaan Islam. Sekian. Terima kasihUntuk makluman tuan, Kamus Dewan hanya mencatatkan makna secara umum bagi sahabat dalam konteks sahabat nabi. Dalam konteks yang tersebut sahabat nabi dianggap sebagai pengikut atau murid nabi dan secara literalnya pastilah mereka yang pernah bertemu dengan nabi. Walau bagaimanapun, kami ambil maklum pandangan tuan dan mengemukakannya kepada Bahagian Perkamusan untuk penambahbaikan maklumat perkamusan.Lain-lain24.02.2017

Kembali ke atas