Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.no.ta.tif] | کونوتاتيف

Definisi : (Lin) berkaitan dgn atau mempunyai konotasi: kata-kata yg mempunyai makna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konotatif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan konotatif?Konotatif menurut pengertian linguistiknya berkaitan dengan atau mempunyai konotasi. Konotasi bermaksud asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersirat.Tatabahasa13.10.2013
apakah yang dimaksdkan dengan konotatif dan denotatif?Konotatif menurut pengertian linguistiknya berkaitan dengan atau mempunyai konotasi. Konotasi bermaksud asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersirat. Denotatif menurut Kamus Dewan pula berkaitan dengan denotasi. Denotasi bermaksud makna eksplisit sesuatu perkataan, atau lawan konotasi. Pengertian kedua untuk kata ini ialah hubungan semantik antara satuan bahasadengan benda, simbol dan lain-lain.Tatabahasa21.03.2007
perbezaan antara denotatif dan konotatifDenotatif ialah istilah linguistik yang berkaitan dengan de­no­­­tasi (makna eksplisit sesuatu perkataan), manakala konotatif pula berkaitan dengan atau mempunyai konotasi (asosiasi atau idea yang dimaksud­kan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersurat).Makna11.08.2010
Salam hormat, tolong dapatkan makna denotatif dan makna konotatif serta huraiannya. Terima kasih.Makna bagi perkataan dénotatif ialah berkaitan dgn denotasi. Manakala konotatif ialah berkaitan dgn atau mempunyai konotasi. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan contoh bagi perkataan tersebut. Harap maklum.Makna20.08.2007
Assalamualaikum, Apakah maksud bahan sastera? Bahan bukan sastera? Karya naratif? Karya bukan naratif? Berikan penjelasan yang lengkap. Terima kasih.Sastera mempunyai takrifan yang luas. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 1396 dan buku "Konsep dan Pendekatan Sastera" selenggaraan Hamzah Hamdani terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988. Dalam buku tersebut, saudara boleh merujuk makalah yang ditulis oleh Ali Ahmad yang berjudul "Mencari Definisi Kesusasteraan" pada halaman 19 hingga 26. Dalam buku tersebut Prof. Ali Ahmad merumuskan bahawa sastera ialah hasil ciptaan yang menggunakan bahasa yang sifatnya konotatif, yang mempunyai organisasi dengan unsur-unsur yang berkaitan antara satu sama lain. Sila rujuk juga buku Teori Kesusasteraan oleh Rene Wellek. Naratif ialah kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja yang bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa.Lain-lain26.08.2013
APAKAH MAKSUD BAGI SASTERA,CERPEN,NOVEL,PUISIDAN DRAMA?

Sastera mempunyai takrifan yang luas. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 1396 dan buku "Konsep dan Pendekatan Sastera" selenggaraan Hamzah Hamdani terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988. Dalam buku tersebut, saudara boleh merujuk makalah yang ditulis oleh Ali Ahmad yang berjudul "Mencari Definisi Kesusasteraan" pada halaman 19 hingga 26. Dalam buku tersebut Prof. Ali Ahmad merumuskan bahawa sastera ialah hasil ciptaan yang menggunakan bahasa yang sifatnya konotatif, yang mempunyai organisasi dengan unsur-unsur yang berkaitan antara satu sama lain. Sila rujuk juga buku Teori Kesusasteraan oleh Rene Wellek. 

Untuk makluman saudara tiada definisi umum yang konkrit tentang puisi moden (sajak).Sila rujuk pendapat yang dikemukakan oleh Za'ba, Muhammad Haji Salleh, William Wordsworth, Samuel Taylor Coleridge , Robert Frost, Braginsky dan Harun Mat Piah tentang takrif puisi. Misalnya, mengikut Coleridge, puisi ialah perkataan terbaik dalam susunan terbaik.Cerpen, novel dan drama ialah cereka rekaan yang ditulis dalam bentuk naratif. Secara umumnya takrifan cerpen ialah kisah rekaan yang relatif pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa. Cerpen biasanya mengandungi antara 500 hingga 15,000patah perkataan, dan novel lebih daripada itu.Drama ialah prosa/puisi yang mengandungi dialog, pantomim atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan.Antara komposisi drama ialah seni lakon/muzik/.

Lain-lain30.01.2008

Kembali ke atas