Apakah kaedah dan cara yang betul untuk membuat pemerengganan karangan dalam bahasa Melayu ? Adakah perlu didekatkan atau dijarakkan ? Contohnya: Konsep-konsep ini memainkan peranan yang penting dalam penentuan mutu dan paras keyakinan. Konsep-konsep ini memainkan peranan yang penting dalam penentuan mutu dan paras keyakinan. | Saudara, Saudara bolehlah membuat rujukan tentang perkara ini dalam buku-buku yang terdapat di pasaran di tempat saudara. Walau bagaimanapun pada dasarnya pemerenggan dibuat berdasarkan tajuk besar, iaitu pengenalan atau latar belakang, isi dan penutup atau kesimpulan. Contoh yang diberikan tidak jelas. Diharap saudara dapat mengemukakan contoh semula. | Lain-lain | 18.12.2009 |
saya Hasbi bt Hussin, ingin bertanya mengenai konsep-konsep berikut dari sudut perkamusan, bolehkah terangkan kepada saya? i) korpus dan korkordans ii) tilde dan lema iii) fonemik dan fonetik | Korpus bermaksud (Lin) himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll). Konkordans bermaksud (Lin) senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan. Tilde bermaksud lambang (~) spt yg digunakan di dlm sesebuah kamus sbg pengganti kata masukan pd bahagian tertentu sesuatu entri. Lema bermaksud (Lin) kata masukan dlm kamus, entri. Fonemik bermaksud (Lin) 1. bkn fonem; 2. kajian linguistik tentang fonem. Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.04.2009 |
bagaimana menulis nama: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak 2. | Konsep 'Klik dengan Bijak' | Tatabahasa | 11.12.2012 |
bagaimana menulis: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak (condong; dalam Italic) 2. internet/ Internet 3. Information and Communication Technologies (ICT)/ (condong; dalam Italic) | 1. Konsep 'Klik dengan Bijak' 2. Internet 3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tatabahasa | 11.12.2012 |
konsep ayat tunggal dan ayat majmuk? contoh ayat tunggal dan ayat majmuk dalam novel? contoh ayat tunggal dan ayat majmuk dalam novel guna teori x-berpalang? contoh ayat selapis dalam teks klasik guna teori x-berpalang? | Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat-ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain juga terbit daripada ayat dasar. Untuk maklumat lanjut, Saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan muka surat 420. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497. Sila rujuk novel untuk mencari contoh ayat-ayat yang berkaitan dan rujuk juga buku Tatabahasa Dewan, Bab 19 untuk mendapatkan maklumat lanjut teori x-berpalang. | Tatabahasa | 26.05.2010 |
1. Dengan contoh, apa itu konsep etnosentrime dan kesan negative terhadap perhubungan kaum di malaysia. 2. Dengan contoh, apa itu konsep akomodasi, akulturasi, asimilasi dan almalgamasi dalam proses integrasi di Malaysia. | 1. Etnosentrime tidak ada dalam rujukan kami, yang ada etnosentrisme bermaksud pandangan atau sikap yg percaya bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul drpd golongan atau kebudayaan etnik lain. 2. Akomodasi bermaksud penyesuaian, akulturasi bermaksud penyerapan unsur-unsur kebudayaan drpd suatu budaya kpd budaya lain, asimilasi bermaksud pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu, almalgamasi tidak ada dalam sumber rujukan kami. Untuk mengetahu lebih kanjut tentang konsep-konsep tersebut sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 03.02.2009 |
konsep urbanisasi dan perkembangan bandar | Urbanisasi ialah proses, usaha dan sebagainya untuk menjadikan sesuatu keadaan atau kawasan bersifat bandar; pembandaran. Perkembangan bandar bermaksud perihal bandar yang berkembang, pertumbuhan atau kemajuan. | Makna | 11.08.2008 |
konsep / difinisi penstandardan dan kebakuan bahasa | Dalam bidang ilmu bahasa variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa baku ialah bahasa yang telah mengalami proses pengekodan,yang diterima oleh rakyat dan menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat. | Lain-lain | 04.04.2008 |
konsep psikologi pendidikan, pedagogi dan wacana | Sila rujuk bahan ini : 1. Psikologi Pendidikan : Glenn Myers Blair : DBP : 1991 2. Pedagogi : Shahabudin Hashim : DBP : 2006 3. Panduan wacana Akademik : Asmah Hj Omar : 2006 | Lain-lain | 24.01.2008 |
konsep/definisi bahasa rojak | Bahasa rojak ialah satu bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat dengan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bentuk bahasa ini digunakan dalam bidang tertentu seperti bidang pengiklanan dan penyiaran. Contoh bahasa rojak yang digunakan pada satu ketika ialah ungkapan sureheboh.Kata ini diwujudkan dengan menggabungkan kata bahasa Melayu heboh dengan kata bahasa Inggeris sure. Maklumat lanjut tentang perkara ini boleh diperoleh dalam makalah dan kertas kerja yang boleh didapati di perpustakaan. | Lain-lain | 15.06.2007 |