Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konsepnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa dia dialek dan konsepnyaDialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, atau disebut juga sebagai loghat.Makna26.02.2009
1. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, apakah maksud penanda wacana dan konsepnya? 2. Menurut DBP, apakah fungsi penanda wacana dan penggunaannya dalam perenggan? 3. Bagaimanakah penggunaan penanda wacana dapat meningkatkan kualiti sesebuah karangan?Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.  Tatabahasa09.03.2012
Saya ingin bertanya mengenai hukum DM bagi terjemahan "pool betting" sama ada "pertaruhan kumpulan wang" atau "kumpulan wang pertaruhan" jika konsepnya mengenai wang yang dikumpul yang dipertaruhkan bagi sesuatu peristiwa yang ditetapkan. Perlu jawapan sebelum 18.7.2014Kumpulan wang pertaruhan.Penyemakan dan penterjemahan16.07.2014
Apakah beza UCAPAN dengan DEBAT?adakah debat merupakan salah satu bentuk ucapan?ataupun adakah ianya membawa definisi yang berbeza selain daripada konsepnya di mana debat dipertandingkan manakala ucapan bukan dipertandingkan.Ucapan membawa maksud yang lebih umum, iaitu segala sesuatu yang diucapkan. Manakala debat bermaksud perbincangan mengenai sesuatu hal dengan saling memberikan alasan untuk mempertahankan hujahnya; dan peraduan berbahas.Makna14.11.2014
Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan penggunaan singkatan dalam istilah islamik. Mengapakah SAW dieja rapat tanpa titik tetapi R.A. dieja ada titik? Bukankah konsepnya sama, iaitu singkatan? Sefaham sy, jika akronim memang dieja tanpa titik dan menggunakan huruf besar. Namun, SAW, SWT, RA merupakan kata singkatan. Bolehkah pihak DBP terangkan? Sekian, terima kasih.Ejaan perkataan SWT dan SAW dikecualikan daripada dieja bertitik kerana perkataan ini merupakan kalimat khusus untuk mengagungkan dan memuliakan hanya untuk Allah (SWT) dan Nabi Muhammad (SAW). Perkataan lain seperti r.a. dan a.s. dieja bertitik.


Ejaan01.02.2021
Adakah wujud istilah 'tafaquh' dalam Bahasa Melayu? Jika tiada, apakah perkataan yang sepatutnya digunakan?Istilah tafaquh tidak ada dalam sumber rujukan kami. Jika konsepnya sama seperti muttafakun terjemahannya dalam bahasa Melayu ialah sepakat atau bersepakat. Istilah08.11.2011
Apa maksud "pentempatanan"?Maaf. Tidak terakam kata terbitan pentempatanan dalam data kamus DBP. Penggunaan kata ini masih kurang dan tidak jelas makna dan konsepnya. Ada kemungkinan kata terbitan ini membawa maksud proses atau perbuatan untuk menjadikan sesuatu atau seseorang bersifat tempatan (peN- + tempatan + -an).

Kamus Dewan Perdana
(DBP, 2020) ada merakamkan petempatan dengan makna 1. kawasan yang ditempati atau ditempatkan untuk sekumpulan orang, penduduk dan sebagainya dan 2. Geografi  tempat atau kawasan yang diduduki oleh individu atau sekumpulan orang yang mungkin terdiri daripada beberapa atau sekumpulan rumah kediaman.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini.
Makna20.02.2024
assalamualaikum,saya nak tanya kalau bljr bahasa melayu mesti faham konsep juga

Izfa,

Tidak semua perkara dalam pembelajaran bahasa itu berkehendakkan supaya kita memahami konsepnya. Yang jelas apabila kita bercakap tentang pembentukan sesuatu istilah untuk memahami apakah istilah yang paling sesuai atau yang paling tepat maka ketika itulah kita perlu memahami konsep sesuatu istilah itu.

Istilah18.04.2010
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Community Policy & Moderation Guidelines"?Kami mencadangkan Community Policy & Moderation Guidelines diterjemahkan kepada Garis Panduan Komuniti dan Penyederhanaan, sekiranya bersesuaian dengan konsepnya.Penyemakan dan penterjemahan18.03.2023
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu bagi "duct tape"?Bagi istilah ini masih belum ada di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami. Cadangan bagi istilah duct tape ini dengan berdasarkan konsepnya yang membalut istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu ialah "Pita Pembalut".Penyemakan dan penterjemahan04.12.2015
123

Kembali ke atas