kami akan mengadakan konsert untuk meraikan keputeraan tuanku raja perlis. di sini, kami ingin meminta pandangan pihak tuan/puan berhubung nama untuk konsert ini. nama yang dipilih adalah " KONSERT DIRGAHAYU MUSTIKA TARI" @ "KONSERT PERDANA MUSTIKA TARI". mohon pandangan pihak tuan. terima kasih | KOnsert Perdana Mustika Tari lebih sesuai. Perkataan dirgahayu digunakan untuk ucapan sempena keputeraan. | Tatabahasa | 25.03.2008 |
selamat pagi, saya ingin bertanya yang mana satukah betul..banyak memberi cenderamata atau memberi banyak cenderamata? satu konsert atau sebuah konsert? bolehkah encik jelaskan sebab penggunaannya? terima kasih | Penggunaan yang betul ialah memberi banyak cenderamata dan satu konsert. Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa nama tersebut. | Tatabahasa | 18.02.2011 |
Adakah ayat berikut betul atau tidak? Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi yang beruara emas itu. | Ayat yang betul ialah Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi itu. | Tatabahasa | 08.08.2010 |
Salam sejahtera. Adakah terjemahan ini betul untuk konteks berikut: ST: They are opening for the rock band concert. TT: Mereka akan merasmikan konsert kumpulang rock tersebut. | Terjemahan yang betul ialah Mereka akan membuat persembahan pembukaan untuk konsert kumpulan rock | Makna | 13.03.2017 |
apakah yang dimaksudkan dengan muzika tari? | Kata muzika tari tidak membawa apa-apa makna cuma sebagai nama yang saudara berikan kepada acara yang hendak diadakan. dengan demikian adalah lebih baik digunakan Konsert Perdana sahaja keran aperkataan konsert sudah membawa makna hiburan yang dipenuhi dengan persembahan muzik. | Makna | 25.03.2008 |
Suara penyanyi rock itu sungguh menghiburkanpara penonton yang menyaksikan konsert itu. Garau/Lantang | Dalam konteks ayat tersebut, perkataan lantang lebih sesuai digunakan berbanding garau kerana bermaksud kuat dan jelas. Manakala garau pula bermakna kasar dan besar | Makna | 17.08.2016 |
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk "Wind Orchertra" | Perkataan "Concert band" juga dikenali sebagai "Wind orchertra" yang dipadankan dalam bahasa Melayu sebagai pancaragam konsert. | Istilah | 15.01.2020 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "dan" dan koma (,) sebelum perkataan tersebut. Saya sering menemui terjemahan yang menggabungkan kedua-dua perkara ini. Contohnya, "Adakalanya tempat itu turut mengadakan acara untuk kanak-kanak, konsert, dan banyak lagi". Mohon beri penjelasan penggunaan koma (,) sebelum perkataan "dan" di atas. Perlukah saya meletakkan koma, sebelum menggunakan perkataan "dan"? Terima kasih. | Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, contohnya; Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. Dalam contoh ayat yang diberikan, penggunaan tanda koma sebelum "dan" tidak diperlukan. | Tatabahasa | 03.12.2018 |
Salam sejahtera, kata 'menyumbang' membawa makna (i) memberikan sumbangan / bantuan (ii) membekalkan tenaga, fikiran dsb. berdasarkan Kamus Bahasa Melayu. Tampaknya, makna atau takrif untuk kata 'menyumbang' bersifat positif: Semasa menjayakan majlis Hari Guru, banyak pelajar yang menyumbang; Diharapkan kalian dapat menyumbang kepada PIBG dengan membeli tiket-tiket konsert amal yang kami anjurkan. Malangnya, sesetengah pihak menggunakan kata ini untuk menyatakan maksud negatif: Kemalasan Muthu menyumbang kepada kegagalannya dalam peperiksaan SPM; Adakah terlintas dalam minda kita tentang faktor-faktor yang menyumbang ke arah gejala pemanasan global yang semakin meruncing ini? Persoalannya, bolehkah kata 'menyumbang' digunakan untuk menyatakan makna negatif dalam bahasa Melayu? Mengapa? Sekian. Salam hormat Kay Seven | Untuk makluman, makna “menyumbang” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah: 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg bantuan, sokongan); 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll). Kedua-dua makna tersebut tidak mengkhususkan kepada maksud positif sahaja. Oleh itu, perkataan “menyumbang” boleh juga digunakan dalam maksud negatif. | Makna | 22.12.2016 |
Kami ialah sebuah kumpulan koir di Kedah dan kami ingin pergi ke Thailand untuk berjumpa dengan sebuah kumpulan koir di sana. Kami mempersembahkan nyanyian kami dan mereka mempersembahkan nyanyian mereka. Kedua-dua kumpulan koir saling belajar sesama sendiri. Saya rasa dalam bahasa English dipanggil "Music Exchange Concert". Dalam Bahasa Malaysia dipanggil apa? Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Konsert Pertukaran Muzik. | Istilah | 03.08.2016 |