Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.sis.ten] | کونسيستن

Definisi : 1. terus berpegang pd pendirian dsb yg sama, tekal; 2. secocok, sesuai, sejajar, tidak bertentangan antara satu dgn lain; kekonsistenan keadaan yg konsisten, keselarasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.sis.ten] | کونسيستن

Definisi : ist tidak berbeza antara satu dgn yg lain; mengikut atau selaras dgn yg sebelumnya: Dlm kerja statistik, satu cara yg lazim dan ~ mestilah digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konsisten


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
semakan konsisten terjemahan soalan bagi kaji selidik daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu

Untuk makluman, DBP tidak menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia 

(PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan21.04.2020
Salam Sejahtera, Saya ingin membuat aduan tentang laman PRPM yang tidak berapa stabil dan konsisten sejak beberapa hari yang lalu. Pertamanya, sambungan ke laman terputus-putus dan keduanya, ketersediaan Kamus Bahasa Inggeris tidak konsisten, misalnya tidak boleh diakses dua hari yang lepas, kembali pulih semalam, namun tidak boleh diakses semula hari ini. Saya berharap laman PRPM dapat dipulihkan secepat mungkin agar terus membantu ramai penggunanya yang lain seperti saya. Terima kasih. Salam hormat, Puan GeethaSalam sejahtera,

Puan,

Maklumat dari Bahagian Sistem Maklumat menyatakan terdapat gangguan sistem dan sedang cuba diatasi.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.09.2019
Salam petang, Saya agak keliru dengan penggunaan tanda koma (,) yang tidak konsisten. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan penggunaan tanda koma yang betul? 1a) Saya membeli ikan, buah-buahan, dan sayur-sayuran. 1b) Saya membeli ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran. 2a) Saya membeli ikan, buah-buahan, dan lain-lain. 2b) Saya membeli ikan, buah-buahan dan lain-lain. Soalannya ialah: adakah tanda koma diperlukan sebelum perkataan 'dan'? Mengapa? Sekina, Terima kasih.Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan".  Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. Penggunaan koma dalam 1a) betul. Penggunaan koma dalam 2a) juga betul kerana koma juga berfungsi mengapit aposisi "dan sebagainya", "dan yang lain" dan seumpamanya.Tatabahasa20.10.2015
Salam sejahtera. Saya perasan dalam bahagian Khidmat Nasihat, ada beberapa jawapan yang tidak konsisten. Contohnya bagi perkataan "sepertimana" atau "seperti mana" (sila rujuk kepada gambar yang disertakan). Saya berharap pihak DBP boleh mengambil tindakan yang sewajarnya tentang masalah yang biasa dilihat bahagian Khidmat Nasihat. Terima kasih. Daripada: LydiaTerima kasih atas maklum balas yan diberikan. Untuk makluman pihak puan,  DBP dalam proses mengemas kini Sistem Khidmat Nasihat DBP. Oleh itu, ejaan yang betul dan tepat  ialah 'sepertimana'.Tatabahasa22.11.2018
1. Apa beza antara 'luar negeri' dan 'luar negara'? Didapati penggunaannya dalam sehari-hari adalah tidak konsisten. Contoh: - kementerian luar negeri - pendaftaran rakyat Malaysia di luar negara - sijil pelepasan keluar negeri - kehilangan rakyat Malaysia di luar negeri - perwakilan Malaysia di luar negara 2. Bagi tujuan penulisan dokumentasi, saya berhasrat menyeragamkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut kepada 'luar negeri'. Adakah tindakan ini tepat?

1.Luar negara bermaksud negara di luar Malaysia dan istilah ini lebih tepat untuk merujuk "foreign". Pihak kami boleh membuat teguran kepada pihak-pihak berkenaan yang tidak menggunakan istilah atau perkataan yang betul tetapi bergantung pada pihak tersebut untuk mengubahnya.

2. Istilah luar negara lebih tepat.

Lain-lain20.07.2010
Adakah terjemahan yang dilakukan sesuai untuk kualiti polisi ISO untuk syarikat idaman pharma ?1. Menghasilkan produk farmaseutikal  secara  konsisten, dengan mematuhi piawaian antarabangsa dan piawai yang berkaitan demi kepentingan kualiti, identiti, keberkesanan dan keselamatan serta memenuhi kehendak pelanggan.  

2. Mematuhi Amalan Pengilangan Baik, Terkini dan Mematuhi Peraturan. 
3. Menggunapakai, Mengekal dan Menambah Baik Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan. 
4. Menggunakan Teknologi Terkini.
5. Fokus kepada Pembangunan Tenaga Mahir.
6. Mengguna Pakai Pembaikan Secara Berterusan.
7. Kualiti adalah tangungjawab semua.
8. Penyata polisi ini akan dikaji semula dan disampaikan kepada semua kakitangan agar mematuhi polisi ini dengan taat.

Tatabahasa05.09.2014
Assalamualaikum, Di PRPM, biodegradable ada dua padanan iaitu terbiodegradasikan dan biorosot. Bolehkah saya menggunakan istilah biorosot/ terbiorosot untuk terjemahan supaya lebih konsisten?Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan,

Padanan biodegradable berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah terbiodegradasikan.

Birosot hanya digunakan untuk perkataan tertentu seperti terjemahan biodegradable waste iaitu sisa biorosot.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan16.10.2017
Shalom, ingin tanya tentang penggunaan yang mana betul? "di kalangan" atau "dalam kalangan. Saya juga menyertakan gambar-gambar tentang penjelasan perkataan ini yang tidak konsisten. Sila rujuk PRPM dalam ruangan KNDBP dan Kamus Dewan Edisi 4Jawapan yang betul bagi pertanyaan tersebut ialah "dalam kalangan".Tatabahasa27.03.2018
Salam sejahtera, baru-baru ini saya menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat untuk mencari frasa yang betul tentang "tiba ke atau tiba di", namun jawapan yang diberikan tidak konsisten. Mungkin pihak DBP boleh menyemak semula tentang jawapan bagi setiap perkataan yang disediakan. Terima kasih atas masa anda. Sayangnya saya tidak dapat sertakan gambar yang saya print screen daripada laman web PRPM. Walau bagaimanapun, semoga usaha DBP dalam bahasa kebangsaan Malaysia boleh berhasil. Terima kasih!Terima kasih atas maklumat yang anda berikan, dan untuk makluman anda, DBP memang dalam proses mengemas kini jawapan dalam perkhidmatan Khidmat Nasihat.Lain-lain26.09.2017
Ayat mana yang betul? A) Saya tertarik dengan keindahan pulau itu. B) Saya tertarik oleh keindahan pulau itu. Jawapan yang diberikan dalam arkib soalan DBP tidak konsisten kerana kedua-dua jawapan telah diberikan sebagai jawapan yang betul dan mengikut kamus dewan, tertarik yang membawa maksud terpikat sebenarnya diikuti dengan perkataan 'oleh' dan bukannya 'dengan'. Sila jelaskan. Terima kasih.Kedua-dua sendi nama "oleh" dan "dengan" boleh digunakan. Sendi nama "dengan" digunakan dalam teks sastera, manakala "oleh" dalam teks biasa. Contoh lain: Suasana sekeliling dipenuhi dengan bunyi loceng dan burung pipit, burung merbah dan sekali-sekala bunyi burung helang (petikan daripada novel Madu dalam Saringan). Dalam ayat tersebut "dengan" boleh juga digantikan dengan "oleh".Tatabahasa20.11.2009
123

Kembali ke atas