Hi min nak tanya, yang betul konsistensi atau kekonsistenan? Ke sama je dua tu? Mohon penjelasan terima kasih. | Kedua-dua perkataan ini betul apabila digunakan mengikut konteks dan konsep penggunaan. Konsistensi bermaksud tetap berpegang pada pendirian, pendapat dan sebagainya yang sama; tekal. Contoh ayat: Ayob begitu konsisten ketika dia menyampaikan dakwaannya. Rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1149. Kekonsistenan bermaksud hal atau keadaan yang konsisten, ketekalan. Contoh ayat: Ketekunan dan kekonsistenan ketika melakukan sesuatu pekerjaan adalah antara kunci untuk meraih kejayaan. Rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1149. | Makna | 10.08.2024 |
Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian dan penampilan diri bagi melahirkan imej korporat IKIM. soalannya: bolehkah letak adalah pada baris pertama di atas. | Sering berlaku kekeliruan antara penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan pemeri adalah + kata kerja contohnya; ...adalah berasaskan.. / ...adalah bertujuan.../ adalah merupakan... dan sebagainya. Ayat "Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi ... Ayat di atas dikategorikan sebagai ayat yang salah kerana tanpa kata adalah, ayat tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau seumpama dengannya. Ayat yang betul ialah: 1. Garis panduan ini adalah untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian .., 2. Garis panduan ini bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dan konsistensi cara berpakaian ... | Tatabahasa | 27.07.2017 |