Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.so.nan] | کونسونن

Definisi : (Lin) huruf selain vokal (spt t, s, l, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.so.nan] | کونسونن

Definisi : 1 bunyi bahasa (yg lain drpd bunyi vokal) spt yg dilambangkan dgn huruf-huruf b, c, d, dll. 2 huruf-huruf yg melambangkan bunyi tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konsonan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa itu konsonan rangkapKonsonan rangkap ialah gabungan huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. Terdapat lima jenis huruf gabungan, iaitu gh,kh,ng dan sy.Tatabahasa01.06.2011
PENGGOLONGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONANBahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli, iaitu 18 konsonan dan 6 vokal. Hanya 9 huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t,m,n,ng,s,h,r, dan l. Konsonan b,d,g,c, dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam kata pinjaman, seperti adab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w, dan y, tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Manakala vokal asli bahasa Melayu terdiri daripada 3 vokal depan, 1 vokal tengah, dan 2 vokal belakang. Hanya 3 vokal, iaitu i, a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o, dan e (e pepet) yang hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate, tauge, logo dan polo.Tatabahasa02.03.2007
Selamat sejahtera. Saya bercadang untuk menggunakan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi terbitan 2008 sebagai sumber untuk membina senarai kata konsonan-vokal-konsonan-vokal yang akan digunakan dalam ujian pendengaran. Sebelum itu, saya ingin bertanya tentang kriteria kemasukan perkataan dalam daftar kata tersebut. Adakah ia meliputi kata bahasa percakapan, dialek dan sebagainya? Sebahagian daripada perkataan dalam Daftar Kata tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan (edisi keempat). Terima kasihUntuk makluman saudara, entri yang terkandung dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu bersumberkan Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, Daftar Kata Bahasa Melayu juga turut memasukkan kata-kata tertentu daripada Daftar Ejaan Rumi yang disusun oleh Za'ba dan Malay English Dictionary susunan R.J. Wilkinson serta Kamus besar Bahasa Indonesia. Oleh itu, dalam hal penyusunan senarai kata yang saudara rancangkan, eloklah dielakkan penggunaan kata yang dilabel sebagai bp/bahasa percakapan dan BI/Bahasa Indonesia dalam entri sumber.Lain-lain10.10.2011
Tuan, Penghormatan saya yang adalah pelajar tahun mengambil mata pelajaran utama dalam Psychology di universiti kebangsaan Singapura. Saya adalah masa ini melakukan satu psikolinguistik kertas penyelidikan dan ia adalah pada dasarnya kira-kira mengira phonotactic kemungkinan-kemungkinan segmen-segmen kata Melayu (eg. co kejadian huruf-huruf vokal seberang suku kata, co keberlakuan konsonan-konsonan dengan permulaan atau koda, dan sebagainya.). Dengan eksperimen psikologi tindakan susulan, kebarangkalian-kebarangkalian ini akan cahaya bangsal kepada bagaimana orang belajar dan perkataan-perkataan Melayu proses. Boleh saya bertanya jika ada sebarang pangkalan data dalam talian di mana laluan tambahan saya untuk satu senarai yang lengkap perkataan-perkataan Melayu? Jawapan anda dan membantu akan sangat membantuku dalam penyelidikan saya. Terima kasihBagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan perkara ini, saudara boleh berhubung dengan pegawai dari Bahagian Penyelidikan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka atau saudara boleh e-mel kepada izan@dbp.gov.my .(Encik Sharifullizan Malek)Lain-lain21.08.2007
1.Apakah yang dimaksudkan dengan konsonan rangkap? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan pola suku kata depan, tengah dan belakang ?Konsonan rangkap ialah gabungan huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. Terdapat lima jenis huruf gabungan, iaitu gh, kh,ng dan sy. Huruf-huruf ini dikenal pasti melalui lafaz dan ejaan perkataan yang mengandungi huruf-huruf ini. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut.Tatabahasa09.11.2009
Salam sejahtera. [kh] dalam kata "akhir" ialah diftong atau konsonan bergabung? [kr] dalam krayon ialah diftong atau konsonan bergabung? Terdapat buku yang membezakan antara digraf dengan konsonan bergabung. Terima kasih.Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi.

Perkataan akhir dan krayon bukan diftong tetapi digraf. Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy. Digraf juga disebut dwihuruf, dwi­lambang atau huruf rangkap.
Tatabahasa12.03.2013
apakah maksud glotalisasi? apakah konsonan yang mengalami glotalisasi?Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman).Lain-lain20.10.2010
1.Tahap 3 memperkenal huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. 2.Tahap 3 memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. Soalan saya; Yang mana satukah penggunaan yang betul? :memperkenal/memperkenalkanAyat yang betul ialah Tahap 3 memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal.Lain-lain24.05.2010
apakah perbezaan antara digraf dengan konsonan berganding.sila jelaskan bersama-sama contohDigraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang dan huruf rangkap.Tatabahasa12.09.2011
DBP yg dihormati, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai konsonan berganding seperti 'ua'. Apabila dua konsonan berganding menghasilkan dua bunyi, betul? perkataan 'tua' dieja 't-u' 'tu, 'a' 'a'=tua, tapi bukankah kita menyebutnya sama spt 'tuwa' dan bkn 'tu-a'.. Bolehkah saya mendapatkan penerangan bagi kes di atas DBP? sy mengalami kekeliruan dlm mengenalpasti bilangan suku kata yg terdapat dlm sesuatu perkataan spt 'tua', 'dua', 'piala', 'tuala' dll. Terima kasih DBP yg dikasihi.

Perkataan tua dan dua mempunyai satu suku kata. Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suku kata tersebut dan suku kata perkataan yang lain.

Lain-lain22.07.2010
123456

Kembali ke atas