Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.struk.si] | کونستروکسي

Definisi : IB 1. pembinaan sesuatu (spt bangunan, kapal, dll); 2. Id susunan dan kedu­dukan kata-kata dlm ayat atau rangkai kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konstruksi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud proses penerbitan ayat? nyatakan contoh supaya mudah difahamiSetiap pembentukan ayat dalam bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dikenali sebagai unsur atau konstituen. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 11: Sintaksis: Satu Pengenalan.Tatabahasa21.04.2009
Tuan yang dihormati, Saya ingin tahu dengan lebih mendalam tentang SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU. Sekian Terima kasih! Soh He HongSintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sintaksis saudara bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dan Nahu Melayu Mutakhir terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa10.01.2008
saya inginkan persoalan tentang nahu iaitu kata kerja dari segi permasalahan dan isu sekarang...bolehkan pihak anda beri maklumat kepada saya,kerana saya sekarang mengikuti ijazah sarjana kajian bahasa melayu.Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai oleh kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Untuk membantu saudara dalam perkara ini, kami mencadangkan saudara mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat rujukan yang lebih mendalam.Tatabahasa06.10.2010
Berdasarkan petikan 1 seperti mana lampiran, saya ingin mengetahui perkataan atau ayat: 1. kata nama : 2. kata kerja: 3. ayat majmuk gabungan: 4. ayat majmuk pancangan: 5. ayat majmuk campuran: Sekian, Terima kasih.Kata nama ialah unsur perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama dan lazimnya perkataan demikian menamai orang, haiwan,tempat,benda atau konsep. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan,atau,tetapi dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan mempunyai satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni tersiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Sila rujuk buku Tatbahasa Dewan Edisi Ketiga dan berdasarkan maklumat di atas kami percaya saudara dapat membuat analisis teks tersebut. Tatabahasa17.09.2008
Saya rasa salah satu halangan dalam pembelajaran bahasa Melayu bagi penutur bukan asli ada pada kata kerja. Kata kerja tidak seperti kata nama boleh merujuk kepada satu objek yang boleh nampak. Semasa saya berada di sekolah menengah dahulu, saya baca novel bukit kepong. Pada masa itulah saya sedar betapa rumitnya nak memahai kata kerja secara terperinci. Saya pernah mencadangkan buat satu kamus kata kerja kepada bos saya. Tetapi selepas saya mencadangkan benda ini barulah saya sedar betapa bodohnya cadangan saya itu. Bagaimanakah sebuah kamus yang hanya dimasukkan kata kerja berfungsi? Tetapi saya masih harap ada kajian terhadap bidang ini(kata kerja) dilakukan.Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata kerja ditakrifkan sebagai perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Sebagai orang awam terutamanya yang tidak ada asas linguistik agak sukar untuk memahami tafsiran sedemikian. Semoga buku Tatabahasa Dewan, edisi pelajar yang bakal terbit dapat membantu kita mempelajari dan lebih memahami bahasa Melayu.Lain-lain23.07.2012

Kembali ke atas