Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : usaha bertukar-tukar fikiran dan pendapat utk mendapatkan nasihat; berkonsultasi 1. bertukar-tukar fikiran dan pendapat utk mendapatkan nasihat dll: ahli meteorologi biasanya ~ dgn ahli statistik; 2. meminta nasihat (tentang kesihatan, rawatan, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konsultasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam text tersebut? Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang ingin tahu langkah kementerian bagi memastikan kesejahteraan pekerja sosial di negara ini dan status proses konsultasi terhadap RUU PKS terkini. Selain daripada itu, Nancy berkata RUU PKS juga akan memperuntuk penubuhan jawatankuasa siasatan yang akan membolehkan siasatan terperinci dijalankan ke atas setiap aduan diterima. Beliau berkata fasal tersebut sekaligus akan memberikan perlindungan bukan hanya kepada individu iaitu klien malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi dari tuduhan tidak munasabah atau fitnah semasa menjalankan tugasan. Menjawab status proses konsultasi terhadap RUU PKS terkini, Nancy berkata hasil dapatan pelbagai sesi libaturus berterusan, draf RUU tersebut memerlukan beberapa penelitian khusus termasuk melibatkan ketetapan dasar bagi memastikan kesediaan pemakaian RUU itu setelah diluluskan kelak.

Untuk membantu tuan membuat semakan berkenaan tatabahasa yang betul, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) atau menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). 

Tatabahasa05.05.2024

Kembali ke atas