Dalam konteks tatabahasa, adakah Malaysia boleh dianggap sebagai kata ganti diri nama dalam ayat berikut? Adakah ayat di bawah dianggap gramatis? "Malaysia menyaksikan pelbagai perayaan kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum." | Contoh ayat yang diberikan tidak tepat dan “Malaysia” bukan kata ganti nama diri. Ayat yang betul ialah “Pelbagai perayaan dapat disaksikan di Malaysia kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.” Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) hlmn. 101 untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Kata Ganti Nama.
| Tatabahasa | 21.01.2024 |
Dalam konteks apakah perkataan 'may' diterjemahkan kepada boleh atau mungkin? | Terdapat banyak padanan terjemahan untuk perkataan "may", bergantung pada konteks keseluruhan teks. Sila berikan contoh ayat untuk memudahkan pihak kami mencari padanan istilah yang bersesuaian. Jika teks tersebut panjang, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. | Lain-lain | 31.03.2022 |
Salam sejahtera. Apakah padanan bahasa fast-check dan total engagements dalam konteks media sosial? Sekian, terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah total engagements ialah jalinan penuh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Tiada penggunaan istilah fast-check dalam konteks media sosial. | Istilah | 05.07.2023 |
Current-Sense Amplifier - "Sense" dalam konteks ini lebih sesuai diterjemah sebagai "Deria" atau "Kesan"? Penguat deria-arus atau Penguat kesan-arus? Terima kasih. | Cadangan padanan terjemahan bagi perkataan sense dalam konteks ayat yang diberikan ialah deria. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.04.2022 |
Apakah terjemahan untuk "oral administration" dalam konteks perubatan? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah oral administration ialah pemberian oral. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.06.2023 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera Puan/Tuan,saya ingin pencerahkan tentang pengunaan “Jom” dalam konteks formal atau lebih baik mengguna “Ayuh” . Terima Kasih | Perkataan yang sesuai dalam konteks formal ialah "ayuh". | Makna | 16.07.2022 |
Bolehkah "gameplay" dalam konteks permainan video diterjemahkan sebagai mekanik permainan? Terima kasih. | Cadangan padanan bagi istilah gameplay dalam bahasa Melayu ialah tatamain. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 07.08.2024 |
Apakah "offensive interest" dlm BM mengikut konteks hubungan antarabangsa? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah offensive interest ialah kepentingan ofensif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 06.05.2025 |
Mohon padanan "dismentle" dalam konteks menanggalkan perkakasan ICT untuk dilupuskan. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah dismantle secara umumnya ialah membuka. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 20.11.2024 |
Ayat mana satukah yang tepat dan mengapa? Bahasa merupakan alat komunikasi yang paling penting dalam pelbagai aspek kehidupan seharian terutama dalam konteks profesional. atau Bahasa merupakan alat komunikasi yang paling penting dalam pelbagai aspek kehidupan seharian, terutamanya dalam konteks profesional. | Ayat yang lebih gramatis ialah ‘Bahasa merupakan alat komunikasi yang paling penting dalam kehidupan seharian terutamanya dalam konteks profesional’. | Tatabahasa | 05.07.2024 |