Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konteksnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon beri nasihat mengenai terjemahan untuk perkataan "tilting". Konteksnya ialah "tilting the camera down". Jika saya guna perkataan "condong" sebagai terjemahan bagi "tilt", bolehkah saya guna "menyondong" sebagai terjemahan bagi "tilting"? Dalam PRPM, perkataan "menyondong" bermaksud "mencari (menangkap) udang", tetapi "menyondong" juga digunakan di bawah istilah Malaysia dan membawa maksud condong. "Tilting the camera down" patut diterjemahkan sebagai: 1) Menyondong kamera ke bawah atau 2) Condongkan kamera ke bawahTilting boleh diterjemahkan kepada dongak, condong atau senget bergantung pada konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan12.03.2015
Mohon beri nasihat tentang terjemahan untuk "hard core games". Konteksnya berkenaan dengan permainan yang dimainkan pada alat mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Adakah "permainan tegar" sesuai digunakan?Terjemahan hard core games kepada "permainan tegar" boleh diterima.Penyemakan dan penterjemahan21.08.2015
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "direct supervisor" dan "direct colleagues" (konteksnya adalah di pejabat)? Bolehkah perkataan tersebut diterjemahkan sebagai "penyelia" dan "rakan sejawat"?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "direct supervisor" dan "direct colleagues" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "direct labour" yang padanan bahasa Melayunya ialah pekerja langsung. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penyelia langsung dan rakan sekerja langsung.Istilah14.04.2014
Salam. Merujuk pada soalan sebelum ini mengenai terjemahan bagi istilah "leaderboard"; konteksnya adalah pada antara muka sebuah permainan komputer, yang menyenaraikan pemain-pemain terbaik mengikut markah mereka. Contohnya adalah di dalam gambar ini: https://www.researchgate.net/profile/Peter_Pennefather/publication/266656547/figure/fig1/AS:392167890669600@1470511519983/Example-of-a-traditional-multiplayer-leaderboard.png Terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu bagi istilah "leaderboard" ialah carta kedudukan. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks ayat.  Istilah09.06.2020
Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah ayat majmuk di bawah tepat dari segi konteksnya? Murid-murid berbual-bual dan bergurau mesra. Sekain, terima kasih.Ayat majmuk "Murid-murid berbual-bual dan bergurau mesra." adalah betul.Tatabahasa08.05.2014
"I'll be there in spirit" apakah terjemahan yang paling tepat bagi ayat ini. Konteksnya adalah menolak jemputan ke suatu majlis.Salam sejahtera,

Secara ringkasnya frasa di atas ialah penolakan untuk memenuhi undangan seseorang.
Cadangan dalam bahasa Melayu yang boleh dicadangkan ialah ' saya berharap majlis tersebut berjalan dengan lancar'.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain12.06.2019
Di manakah saya letakkan jam tangan saya tadi? Apakah fungsi ayat di atas jika diberikan konteksnya? i. Fungsi pertama dalam konteks biasa. ii. Fungsi kedua dalam konteks kesantunan.Konteks bermaksud bahagian ayat yang menentukan atau menunjukkan erti ungkapan yang terkandung di dalamnya. Ayat tersebut Berfungsi sebagai ayat tanya. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas dengan penggunaan kata tanya dan tanda baca. Ayat tanya boleh digunakan dalam pelbagai konteks asalkan fungsinya adalah untuk menanyakan soalan.Tatabahasa18.04.2013
Salam sejahtera. Tuan, boleh berikan terjemahan yang tepat ke dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "fine dining". Konteksnya - My husband and I will be celebrating our 20th anniversary with fine dining. Terima kasih.Belum ada lagi padanan bagi istilah fine-dining dalam sumber rujukan kami. Daripada carian kami, istilah ini bukan  budaya di Malaysia. Sukacita kami mencadangkan salah satu terjemahan bagi ayat ini ialah “Saya dan suami akan meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-20 di restoran mewah”.Istilah28.08.2014
Salam Tuan, bolehkah kita menggunakan perkataan bahasa Melayu "fantastik" terjemahan dari perkataan bahasa Inggeris "fantastic". Dan apakah contoh konteksnya? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan, ‘fantastik’ mempunyai dua maksud, iaitu  1. penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata 2. bagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan.Tatabahasa19.10.2014
Salam, seperti soalan bertarikh 20.10.2010, saya juga ingin bertanya apakah terjemahan untuk ke Bahasa Melayu untuk perkataan 'Spin Doctor'. Konteksnya atau maklumat lanjut adalah seperti berikut - a person (such as a political aide) whose job involves trying to control the way something (such as an important event) is described to the public in order to influence what people think about it.Untuk makluman, istilah "Spin Doctor" tidak ada dalam pangkalan data istilah kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah17.04.2014
1234

Kembali ke atas