Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.trak] | کونترک

Definisi : 1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepenti­ngan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepen­tingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.trak] | کونترک

Definisi : perjanjian mengenai perdagangan (syarat bekerja dll): Kedua-dua buah syarikat itu telah menandatangani satu ~ perdagangan. ~ hadapan ist perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kontrak (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan perjanjian: ikatan, persefahaman, persetujuan,

2. Bersinonim dengan dokumen: syarat perjanjian, fasal perjanjian.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Tangga gaji atau tanggagaji 2)Jangka waktu atau jangkawaktu 3)Jangka masa atau jangkamasa 4)Kontrak perantis atau kontrak perantisan-adakah dalam bahasa melayu perkataan ini. 5)Kelulusan awalan atau kelulusan awal1)tangga gaji 2)jangka waktu 3)jangka masa 4)tiada istilah dalam pangkalan data.Tetapi perkataan perantis (apprentice) dan perantisan (apprenticeship) ada.Contoh 'appenticeship training' iaitu latihan perantisan dan 'apprentiship contract' iaitu kontrak perantisan. 5)kelulusan awalIstilah05.04.2011
maksud kontak-kontak sosial dari aspek pengurusan kerja sosialSila rujuk bahan Ini : Kontrak sosial asas penting perpaduan kaum" [Diwawancara oleh Radzi Ismail] Liow Tiong Lai Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Ekonomi unsur penting kontrak sosial A. Kadir Jasin Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Kontrak sosial antara kaum di Malaysia Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/04/2004 Terperinci Kontrak sosial eratkan perpaduan Ibrahim Musing Dewan Siswa Petualang kontrak sosial H.M. Jajuli Dewan Budaya 01/12/2006 Pengurusan sebagai fungsi sosial dan seni yang liberal Drucker, Peter F Dewan Ekonomi 01/07/1997 TerperinciLain-lain07.09.2007
Ayat mana yang betul 1. Kontrak dengan syarikat ini perlu diwujudkan untuk mendukung kesiapsiagaan pesawat. ATAU 2. Kontrak dengan syarikat ini perlu diwujudkan untuk mendukung kesiapsiagaan pesawat.Kedua-dua ayat yang diberikan sama.Lain-lain26.05.2010
ejaan mana satu yang betul?pelantikan atau perlantikan pegawai tadbir kontrak?terima kasihEjaan yang betul ialah pelantikan pegawai tadbir kontrak.Ejaan14.09.2011
Salam 1 Malaysia. Apakah itu laras bahasa undang-undang dan laras bahasa teknikal ?? Saya betul-betul tak faham dan keliru dalam penggunaan tatabahasa. Dalam kontrak perjanjian, adakah laras bahasa di atas? Untuk perhatian pihak tuan, disini saya melampirkan contoh teks kontrak untuk diteliti dari segi penggunaan tatabahasa dan kosa kata termasuk huruf besar dan kecil. Segala pembetulan menggunakan bahasa Melayu yang sebenar amatlah diharapkan.

Puan Noor Zarina,

Laras atau ragam bahasa merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam bidang khusus seperti perundangan, perubatan, teknikal dan sebagainya. Laras bahasa perundangan dan laras bahasa teknikal sudah tentu berbeza antara satu sama lain dari segi penggunaan kata, istilah dan susunan ayatnya.

Bahan yang dilampirkan untuk semakan bahasa akan dikirimkan melalui alamat e-mel puan sebaik saja siap disemak. Terima kasih. 

Lain-lain21.10.2010
trading infuture contract dealing in securitypandangan dalam kontrak niaga hadapan perniagaan dalam sekuritiLain-lain13.04.2007
SALAM SEJAHTERA... SAYA INGIN MENGETAHUI SAMADA DI DBP MASIH ADA KEKOSONGAN JAWATAN (SEBARANG JAWATAN SECARA KONTRAK). TERIMA KASIH.Sila lihat iklan yang akan kami siarkan dalam masa tertdekat ini melalui laman web DBP dan juga melalui iklan dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu.Lain-lain24.06.2008
Maksud "Terma Rujukan".Terma bermaksud peruntukan yg terkandung atau peraturan yg dikenakan dlm sesuatu kontrak (Kamus Dewan Edisi ke-4). Namun bagi terma rujukan, sila nyatakan konteks dan bidang penggunaan perkataan tersebut.Makna02.11.2007
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum minum. 2. Mentol itu sudah rosak terbakar. 3. Dia menuduh syarikat itu atas masalah kontrak. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum diminum.
2. Mentol itu sudah rosak.
3. Dia memfailkan saman terhadap syarikat itu atas masalah kontrak.
Tatabahasa29.08.2012
Salam, saya ingin bertanya bagaimana boleh saya mendapatkan contoh perjanjian antara penulis dengan penerbit.Dokumen perjanjian adalah satu dokumen kontrak bertaraf sulit antara penerbit dengan penulis. Oleh itu ia tidak boleh diedarkan untuk tatapan/rujukan awam. Waima contohnya sekalipun. Sekiranya saudara ingin mendapatkan maklumat umum tentang isi dokumen perjanjian ini, sila rujuk buku Penulis dan Undang-Undang yang ditulis oleh Kamal Halili Hasan.Lain-lain30.06.2010
123

Kembali ke atas