| Apakah buku rujukan paling bersesuaian untuk dibaca sekiranya ingin meningkat lagi penggunaan bahasa sastera seperti hiperbola, simile, metafora, kontras dan lain-lain. | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 04.01.2026 |
| Apakah buku rujukan paling bersesuaian untuk dibaca sekiranya ingin meningkat lagi penggunaan bahasa sastera seperti hiperbola, simile, metafora, kontras dan lain-lain. | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 06.10.2025 |
| Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar. | Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini gua pendeta bersemadi di puncak sepi di sana sini kepala-kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapa pun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman. bersemadi di sini aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera tak berpantai betapa pun keteguk darinya dahaga tak pernah langsai | Lain-lain | 28.03.2010 |