SALAM. ISTILAH YANG BETUL UNTUK MINI CONVENTION BAGI TERJEMAHAN DALAM BAHASA MELAYU.. MINI KONVENSYEN ATAU KONVENSYEN MINI. | Terjemahan yang betul ialah Konvensyen Mini. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.08.2016 |
konvensyen | Tidak ada soalan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun jika makna perkataan ini yang diperlukan , maknanya ialah persidangan ahli pertubuhan politik(perniagaan dll) untuk membincangkan sesuatu perkara. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 20.01.2009 |
APAKAH MAKSUD KONVENSYEN BELIA DAN BAGAIMANA HENDAKLAH MENGANJURKAN SESUATU KONVENSYEN.ADAKAH SAMA DENGAN FORUM ATAU DIALOG | Konvensyen belia ialah satu persidangan yang diadakan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan belia dan melibatkan pembentangan kertas kerja. Persediaan untuk menganjurkannya sama juga dengan persediaan untuk menganjurkan forum atau dialog. Forum dan dialog biasanya tidak melibatkan pembentangan kertas kerja. | Lain-lain | 26.09.2008 |
Mohon semak susunan dan ejaan yang betul dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris bagi perkataan nama bangunan : Pusat Konvensyen CIDB Sarawak atau Pusat Konvensyen CIDB Negeri Sarawak? Kalau dalam bahasa Inggeris bagaimana? | Kedua-dua penamaan bangunan tersebut adalah betul penggunaannya. Walau bagaimanapun, penggunaan penamaan seperti PUSAT KONVENSYEN CIDB SARAWAK lebih kerap digunakan. | Lain-lain | 26.04.2018 |
Apakah beza ayat berikut? ; 1) konvensyen kebangsaan sukarelawan 2) kovensyen sukarelawan kebangsaan Yang manakah paling tepat penggunaan?? | Frasa yang betul ialah konvensyen sukarelawan kebangsaan. | Tatabahasa | 11.10.2016 |
Saya ingin tahu perbezaan definasi perkataan persidangan, konvensyen dan seminar. Adakah perkataan ini digunakan berdasar jumlah saiz penyertaan ? Sekian, terima kasih. | Encik Rosli terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Konvensyen - Perjumpaan yang diwakili oleh berbagai-bagai negara untuk membincangkan masalah antarabangsa dan menentukan dasar umum seperti Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu. (SEJ) persidangan - ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb); séminar - perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan | Makna | 18.11.2009 |
Mohon tuan/puan nyatakan yang mana satukah sebutan yang betul bagi pernyataan berikut, sebagai contoh. Malaysia telah menandatangani 1. Konvensyen PBB, atau 2. Deklarasi PBB, atau 3. Artikel PBB. Terima kasih. | Selamat petang 1. Konvensyen bermaksud persidangan atau perjumpaan anggota atau wakil pertubuhan politik dll utk membincangkan sesuatu. 2. Deklarasi bermaksud pernyataan (pengumuman) rasmi. 3. Artikel bermaksud 1. bahagian atau fasal drpd sesuatu undang-undang. 2. karangan atau tulisan ttg sesuatu perkara yg disiarkan dlm akhbar dsb; makalah. Oleh itu, pernyataan yang betul ialah Deklarasi PBB. | Lain-lain | 26.09.2016 |
maksud persatuan , pusat konvensyen , pusat persidangan , perancang mesyuarat korporat , perancang mesyuarat bebas , tour operator , pameran perdagangan dan eksposisi ,penaja pameran perdagangan dan kontarktor perkhidmatan dalam maksud pelancongan | Maksud persatuan ialah 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata. Konvensyen ialah 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb). Maklumat selanjutnya, Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 11.02.2007 |
Berikut adalah tema konvensyen yang akan kami adakan. Mohon untuk menyemak tema mengikut bahasa melayu yang betul. a. Inovasi Kreatif Menjana Transformasi. ( ayat macam tergantung?) b. Inovasi Kreatif Penjana Transformasi.( inovasi kreatif menjadi subjek) c. Inovatif Penjana Transformasi(inovasi+ kreatif = inovatif?) D. Lain cadangan dari pihak tuan jika ada. | Tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu wacana. Tema boleh dihasilkan dalam bentuk ayat atau frasa. Pada pandangan kami, tema 'Inovasi Kreatif Menjana Transformasi' dan 'Inovasi Kreatif Penjana Transformasi', kedua-duanya adalah betul. | Tatabahasa | 12.04.2011 |
Apakah tepat penggunaan ayat berikut; Konvensyen kebangsaan sukarelawan IPT | Menurut data kami, ayat tersebut betul. | Lain-lain | 10.10.2016 |