Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.pa/] | کوڤق

Definisi : 1. pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dsb (bkn papan, dinding dsb): beberapa keping lantai dan dinding papan rumah itu telah ~; 2. patah dan jatuh atau terkulai (bkn dahan pokok dsb), sekah: banyak dahan pokok yg ~ akibat tiupan angin ribut yg kencang; 3. bp kehabisan wang kerana sangat banyak berbelanja dsb: ~lah aku nanti sekiranya majlis itu hendak diadakan secara besar-besaran; ~-kapik sangat buruk (kerana banyak bahagiannya yg rosak, pecah, kemik, dll): rumah di sawah itu banyak yg ~-kapik; mengopak 1. mengupas, mengobak, me­nguliti: ~ kelapa; 2. memecahkan, mengumpil hingga tercabut, merosakkan: ~ dinding rumah; terkopak terkupas, terkelopak, tercabut, ter­tanggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pa/] | کوڤق

Definisi : ark sj alat bunyi-bunyian; kopok I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pa/] | کوڤق

Definisi : 1 pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dsb (bkn papan, dinding dsb): Beberapa keping lantai papan rumah buruk itu telah ~. 2 bp kehabisan wang, mis kerana telah banyak berbelanja atau berbelanja tidak mengikut kemampuan diri: Dia ~ kerana berbelanja mengikut nafsu. mengopak 1 mengumpil hingga tercabut atau tertanggal (pintu dll); memecahkan: ~ dinding rumah. 2 membuang atau menanggalkan kulit buah-buahan; mengupas; mengopek: ~ kelapa (durian). terkopak terkopek atau tertanggal kulitnya (bkn buah-buahan); terkupas. ~-kapik sangat buruk keadaannya (kerana banyak yg rosak, pecah, kemik dll): Rumah-rumah di kampung itu semuanya ~-kapik kerana lama terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kopak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada beberapa hari yang lepas, saya telah pergi ke Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Negeri Johor. Ketika Pengacara Majlis mengumumkan para pemenang, dia tidak menyebut kategori-kategori yang dipertandingkan tetapi dia menyebut Piala Tahtum, Piala Tahtim, Piala Wainab, Piala Kopak, dan Piala Taksim. Kalau saudar boleh menolong saya apakah maksud Tahtum, Tahtim, Wainab, Kopak, dan Taksim?Saya berasa amat musykil sekali.Sudah berkali-kali saya mencari makna-makna perkataan ini di dalam kamus dewan tetapi tidak juga saya ketemui.Saya harap saudara dapat menolong saya. Terima Kasih.

Saudara Fakrul,

Pihak kami juga tidak dapat memberikan makna perkataan tersebut kerana tidak terdapat di dalam rekod kami. Kami mencadangkan saudara menghubungi urus setia pertandingan untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut.

Makna22.10.2010
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih.1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan.
2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja.
3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa.
4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun.
5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur.
6. Permukaan dinding itu mula terkopak.
7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing.
Tatabahasa29.01.2013

Kembali ke atas