Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.pe.ra.si] | کوڤراسي

Definisi : 1. syarikat yg dianggotai dan diurus­kan oleh sekumpulan orang utk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan dsb), dgn faedah dan keuntungannya dikongsi bersama: ~ pertanian; 2. bp perihal bantu-membantu, kerjasama; berkoperasi berusaha dgn cara bekerjasama (bantu-membantu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.pe.ra.si] | کوڤراسي

Definisi : badan atau pertubuhan yg dibentuk bersama oleh sekumpulan orang utk sesuatu tujuan: ~ itu ditubuhkan utk membebaskan petani drpd cengkaman orang tengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koperasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KOPERASI PANEL KESIHATAN SELANGOR BERHADSila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas.Lain-lain04.09.2017
perbezaan antara koperasi dan royaltiKoperasi ialah syarikat yang dianggotai  dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan,dsb) dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama. Royalti ialah bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka yang terjual ; perkongsian  keuntungan seperti dalam pengusahaan lombong, telaga minyak atau ciptaan jentera.Makna15.02.2008
Assalamualaikum. ..boleh tak saya dapatkan nombor telefon Kedai Buku di bawah DBP Kuala Lumpur. Saya hubungi nombor yang lama tak pernah berangkat.Waalaikumussalam wrt. Terima kasih bersahabat dengan DBP. No tel Koperasi DBP - Kaunter Koperasi DBP 03-21479636 dan pejabat Koperasi DBP 03-21479677/78. Moga membantu. Sekian.Lain-lain22.04.2014
Salam. saya adalah wakil daripada Koperasi UiTM Pahang Berhad ingin memohon pihak DBP untuk menyemak reka bentuk papan tanda kedai koperasi seperti yang saya lampirkan di bawah. Merujuk kepada arahan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Pahang di mana setiap premis perlu meletakkan tulisan jawi di papan tanda, pihak kami ingin meminta pihak DBP untuk menyemak dan memberi cadangan ejaan tulisan Jawi yang sebetulnya. Terima kasih atas kerjasama daripada pihak DBPFormat penulisan Jawi pada papan iklan betul, hanya betulkan ejaan سربانيک.
Sila kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my untuk pengesahan iklan pada papan tanda. 
Ejaan24.08.2020
Assalamualaikum Tuan yang dihormati. Bagaimana ejaan KOPERASI PPZ BERHAD di dalam ejaan Jawi? Terima kasih. -Muhammad Fakhrurrazy Md AriffEjaan Jawi bagi KOPERASI PPZ BERHAD ialah کوڨراسي ڨي.ڨي.زيت. برحد

Ejaan13.08.2020
As salam, saya ingin bertanya mengenai ayat ini sama ada betul atau salah; Dirasmikan oleh: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Dirasmi oleh: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Perasmi: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Sekian, terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan".Tatabahasa21.11.2012
salam, saya mahu beli kamus ini.. (Disertakan imej Kamus Besar Arab-Melayu Dewan)Waalaikumussalam wrt. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Saudara boleh menjadikan www.prpm.dbp.gov.my sebagai teman dihujung jari dengan menjadikan e-Niaga sebagai sahabat untuk membeli buku secara online atau boleh menefol Koperasi DBP - Kaunter Koperasi DBP 03-21479636 dan pejabat Koperasi DBP 03-21479677/78. Moga membantu saudara. Sekian.Lain-lain22.04.2014
Mohamad Firdaus Ismail FRI 23:07 Mohamad Firdaus Ismail Mohamad Firdaus Salam. Sekadar makluman. Buku yang dibeli dari koperasi pihak tuan sudah 2 minggu tidak sampai-sampai.Tuan boleh menghubungi koperasi melalui talian 03-21455501untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain14.10.2016
#MOHON SEMAKAN TATABAHASA# Kami di Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KATMB), senantiasa bersedia memenuhi keperluan anda dengan memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Berikut adalah jawapan kepada beberapa soalan-soalan yang kerap dikemukakan terutamanya berkenaan dengan sistem perbankan patuh syariah yang telah dilaksanakan pada 2 September 2013.Penggunaan "Kami" jika merujuk kepada ayat tersebut agak kurang tepat dan membawa maksud yang berbeza daripada apa yang cuba disampaikan. Dicadangkan supaya ditambah perkataan yang berada dalam kurungan.

Kami (sebagai ahli/pihak pengurusanKoperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KATMB), senantiasa bersedia memenuhi keperluan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Berikut ialah jawapan kepada beberapa soalan yang kerap dikemukakan, terutamanya berkenaan dengan sistem perbankan patuh syariah yang telah dilaksanakan pada 2 September 2013.
Lain-lain01.09.2015
Saudara, Soalan 1) Apakah bezanya 'analisa' denagn 'analisis'? Sila berikan contoh penggunaannya. Soalan 2) Yang manakah yang betul : a] koperasi' atau 'kooperasi', b] 'soalan post', 'soalan post' atau 'soalan pasca'? Sekian. Terima kasih. Salam hormat, Lim Khan SanPerkataan yang betul ialah analisis (daripada perkataan analysis) dan koperasi. Pasca ialah awalan asing dan tidak boleh berdiri sendiri. Lazimnya perkataan yang terbentuk ialah pascasiswazah, pascamoden dan pascasoalan.Tatabahasa29.03.2012
12345678910

Kembali ke atas