Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan makna dan definisi dari segi bahasa yang tepat makna perkataan KURSUS. Ini adalah kerana saya terlibat dalam pengajaran dewasa dan koperator bertanyakan kepada saya maksud yang betul perkataan KURSUS ini. Ini juga kerana ada tafsiran yang menyatakan kursus termasuk seminar, bengkel dan sebagainya .. jadi saya nak tahu apakah perbezaan maksud yang membezakan kursus, seminar, bengkel dan sebagainya. Ini adalah penting kerana koperator ingin meletakkan maksud ini ke dalam tafsiran Undang-undang Kecil koperasi mereka. kerjasama diucapkan ribuan terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna: Kursus - pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran. Seminar - perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan kaum wanita. Bengkel - mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu: ~ penulisan cerita kanak-kanak. Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/ dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Istilah | 09.07.2010 |