Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air kopi yg tidak bersusu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air kopi yg tidak bersusu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kopi O


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1. Cikgu Syafiga suka minum kopi O / kopi o. (mana satu betul atau ada jawapan lain?) Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah kopi O.Tatabahasa13.02.2020
kopi o atau kopi O ?Jawapan yang betul ialah kopi O.Lain-lain04.05.2010
Selamat sejahtera encik/puan, 1. Ayah suka minum kopi o. 2. Ayah suka minum milo. 3. Ayah suka minum kopi o beng. 4. Ayah suka minum milo beng. Adakah 4 ayat tersebut betul? Perlukah 4 nama minuman tersebut ditulis dengan huruf besar? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
  1. Ayah suka minum kopi O.
  2. Ayah suka minum kopi.
  3. Ayah suka minum milo O.
  4. Ayah suka minum milo.




1. A
Ejaan16.07.2023
Perkataan Jawi untuk : KEDAI KOPI<o:p _rdeditor_exists="1">Menurut data kami ejaan jawi bagi kedai ialah کداي manakala ejaan jawi bagi kopi ialah کوڤي<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>o:p>Ejaan06.11.2019
KINI DI BUKA LIGHT & EASY CAFE 7.00 AM - 7.00 PM NO 9, JALAN BOLING PADANG G 13/G SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM NASI LEMAK + KOPI/ TEA O LAKSA IKAN SEKOQ + CENDOL/ ABC KARIPAP CHEESE TELURUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain22.01.2015
Salam sejahtera tuan. Saya ada pertanyaan. 1) Beliau ialah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Beliau ialah Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Ayat manakah yang lebih tepat? Terima kasih. 2) Ibu menghidangkan tetamu secawan kopi. Ayat ini tidak betul. Adakah menghidangkan perlu ditukarkan kepada menghidangi ataupun ayat ini ditukarkan kepada Ibu menghidangkan secawan kopi kepada tetamu? Terima kasih.

 Ayat yang lebih tepat ialah

1) Beliau ialah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.<o:p>o:p>

2)  Ibu menghidangkan secawan kopi kepada tetamu.

<o:p>o:p>

Lain-lain27.11.2021
Kami dihidangkan dengan kopi dari/daripada cawan yang berbeza. Assalamualaikum, manakah jawapan yang betul? Dari atau daripada? Cawan tu boleh dirujuk sebagai tempat atau tidak?

Jawapan yang betul ialah “Kami dihidangkan kopi dengan cawan yang berbeza”. Dalam konteks ayat tersebut, kata sendi nama “dengan” membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Selain itu, menurut Kamus Dewan Perdana, “cawan” bermaksud bekas kecil seakan-akan mangkuk dan bertangkai dan biasanya digunakan untuk minum kopi, teh dan sebagainya. Perkataan “cawan” dalam konteks ayat tersebut tidak boleh dirujuk sebagai “tempat”.

<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 280 dan Kamus Dewan Perdana halaman 396.

Tatabahasa19.09.2023
betulkan pemahaman saya mengenai istilah berasa dan merasa berasa ialah sesuatu perasaan terhadap benda atau perkara (sesuatu yang dirasai daripada tubuh badan) merasa pula ialah sesuatu perbuatan dengan menggunakan anggota badan

Berasa dan merasa terbit daripada kata rasa. Kedua-dua perkataan ini digunakan dalam konteks ayat yang berbeza. Dengan merujuk kamus, pengguna akan dapat memahami makna sesuatu perkataan dan dapat menggunakan sesuatu perkataan dengan betul. Dalam Kamus Dewan Perdana (KDP:1826):<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Makna berasa yang pertama ialah mempunyai rasa dalam hati seperti takut, sedih dan gembira. Contoh ayat: Salina berasa kasihan melihat kucing itu dan mengusap-usap kepalanya.<o:p>o:p>

Makna berasa yang kedua ialah mempunyai rasa tertentu yang dapat dikesan oleh lidah seperti manis, pedas dan sedap. Contoh ayat: Kopi ini berasa pahit kerana sedikit sangat gulanya.<o:p>o:p>

Makna berasa yang ketiga ialah berada dalam keadaan hairan, sedih, insaf dan sebagainya dalam hati. Contoh ayat: Dia berasa hairan melihat kelakuan majikannya yang tiba-tiba sahaja marah-marah tidak tentu pasal.<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Makna merasa yang pertama ialah mengecap untuk mengetahui (rasa makanan, minuman dan sebagainya) dengan lidah. Contoh ayat: Ibu hendak merasa kuih yang saya buat.<o:p>o:p>

Makna merasa yang kedua ialah mengalami (rasa panas, sakit dan lain-lain) pada tubuh. Contoh ayat: Seluruh tubuhnya merasa gatal-gatal krn dilekati miang rumput ketika terjatuh di tepi longkang.<o:p>o:p>

Makna merasa yang ketiga ialah meraba atau menjamah (sesuatu) dengan tangan atau kaki. Contoh ayat: Dia memegang tanganku dan merasa denyut nadi.<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Kamus boleh dijadikan panduan atau rujukan bagi memastikan sesuatu perkataan yang digunakan betul.<o:p>o:p>

Makna05.05.2025
Saya ingin bertanya tentang bahasa tidak formal.

Ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. <o:p>o:p>

Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi (formal), iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. <o:p>o:p>

Bahasa tidak formal ialah bahasa lisan atau bahasa percakapan yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak rasmi. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis). Menurut Kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku). Bahasa tidak formal ini selalunya digunakan dalam perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi   seperti perbualan di warung, kedai kopi dan lain-lain. Dalam situasi ini selalunya penggunaan dialek atau loghat akan digunakan. <o:p>o:p>

Untuk maklumat  lanjut, saudara boleh merujuk buku “Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi” oleh Asmah Hj. Omar. <o:p>o:p>

Lain-lain28.11.2021
Saya ingin bertanya, apakah cadangan terjemahan untuk perkataan 'Barista'? Bolehkah saya menggunakan perkataan Barista dalam iklan 'OOH'?

Berdasarkan rujukan kami terdapat perkataan "barista"  dalam  Bidang Pentadbiran Perniagaan, "barista" bermaksud orang yang mempunyai pengetahuan dan berkemahiran dalam penyediaan kopi secara profesional. Istilah ini boleh digunakan dalam bidang pengiklanan. <o:p>o:p>

Istilah29.06.2022
12

Kembali ke atas