Penggunaan perkataan yang betul sebagai tajuk yang mana tidak dieja tulisan besar sepenuhnya. 1. Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang ke-61 atau Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang Ke-61. 2. Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas dalam Kursus di Pusat Latihan atau Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas Dalam Kursus di Pusat Latihan | Ejaan yang betul: 1. Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang Ke-61 2. Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas dalam Kursus di Pusat Latihan | Ejaan | 20.09.2018 |
Mohon pandangan tuan berhubung penggunaan ayat "kalangan" seperti berikut: 1) Perkataan "dari kalangan" Contoh ayat: Kumpulan Peladang Muda/Kor Tani merupakan satu kumpulan bagi memudahkan pelaksanaan dan menggiatkan penyertaan dari kalangan ahli muda lelaki dan wanita PPK. 2) Perkataan "di kalangan" Contoh ayat: Pertikaian yang berlaku di kalangan Kumpulan Peladang Muda hendaklah diselesaikan secara rundingan muhibah. Soalan: 1) Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai digunakan untuk "kalangan" ? 2) Bila penggunaan "di kalangan" / "dalam kalangan" / "dari kalangan" / "daripada kalangan" / "kalangan" sesuai digunakan? | Frasa "di kalangan" telah mantap penggunaannya "dalam kalangan" masyarakat. Namun Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Untuk makluman, kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Frasa yang betul daripada kalangan. | Lain-lain | 05.03.2014 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya yang manakah kombinasi simbol fonetik untuk vokal 'e' yang tepat? 1. [é] (untuk e taling) dan [e] (untuk e pepet) atau 2. [e] (untuk e taling) dan [ə] (untuk e pepet) Terima kasih. | Simbol bunyi untuk e pepet [e] seperti e.mak dan simbol bunyi untuk e taling [ə] seperti ə.kor. | Tatabahasa | 23.07.2015 |