Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ro.na] | کورونا

Definisi : (Ast) lingkaran cahaya yg kelihatan jelas di sekeliling bulan atau matahari, ter­utamanya sewaktu berlakunya gerhana; ~ matahari lingkaran cahaya di keliling mata­hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ro.na] | کورونا

Definisi : ist lingkaran cahaya yg kelihatan di keliling matahari atau bulan, terutamanya ketika gerhana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata korona


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Kenapa ejaan koronavirus bukan virus korona? Bukankah menyalahi hukum D-M. Berdasarkan laman web prpm ada istilah virus korona. Mengapa tidak gunakan istilah yang sedia ada 2) Apa beza koronavirus dengan virus influenza, virus herpes, virus onkogen dan virus polioma?Ejaan yang betul ialah koronavirus kerana koronavirus ialah kata nama, iaitu nama virus yang ditemui dalam badan haiwan dan manusia. Oleh itu, hukum D-M tidak terpakai dalam perkara ini. Ejaan ini juga berpandukan kepada ejaan coronavirus yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) dan dieja rapat.Ejaan04.02.2020

Kembali ke atas