1) Kenapa ejaan koronavirus bukan virus korona? Bukankah menyalahi hukum D-M. Berdasarkan laman web prpm ada istilah virus korona. Mengapa tidak gunakan istilah yang sedia ada 2) Apa beza koronavirus dengan virus influenza, virus herpes, virus onkogen dan virus polioma? | Ejaan yang betul ialah koronavirus kerana koronavirus ialah kata nama, iaitu nama virus yang ditemui dalam badan haiwan dan manusia. Oleh itu, hukum D-M tidak terpakai dalam perkara ini. Ejaan ini juga berpandukan kepada ejaan coronavirus yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) dan dieja rapat. | Ejaan | 04.02.2020 |
Apakah istilah coronavirus dalam bahasa Melayu? | Istilah coronavirus dalam bahasa Melayu ialah Koronavirus. Saudari boleh rujuk di laman web http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=coronavirus&d=28648&#LIHATSINI | Istilah | 04.05.2020 |
Yang manakah yang sesuai untuk dipadanankan dengan perkataan "outbreak" dalam konteks wabak penyakit? Peletusan atau letusan? Ayat contoh: Peletusan/Letusan wabak penyakit yang disebabkan oleh coronavirus telah memberikan kesan yang besar kepada ekonomi negara. | Maksud outbreak menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah bermaksud kerebakan peletusan atau wabak dari bidang pertanian, perubatan, veterinar dan perhutanan. Cadangan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan ialah Peletusan wabak penyakit yang disebabkan oleh koronavirus telah mengakibatkan kesan yang buruk kepada ekonomi Negara. | Makna | 20.03.2020 |