Penggunaan perkataan "Corporate Exercise" untuk diterjemahkan di dalam bahasa malaysia | Cadangan padanan perkataan corporate exercise dalam bahasa Melayu ialah latihan korporat/tatacara korporat/peraturan korporat/amalan korporat. Penggunaannya bergantung pada kesesuaian bidang dan situasi. | Istilah | 07.01.2010 |
perbezaan antara identiti korporat dengan komunikasi korporat? | Identiti korporat ialah sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah daban korporat yang menjadi lambang institusi tersebut. Komunikasi korporat pula ialah satu unit yang menjadi perantara atau penghubung antara sesebuah institusi dengan pihak luar. | Makna | 18.01.2010 |
maksud identiti korporat? | Identiti korporat bermaksud sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah badan korporat yang menjadi lambang institusi tersebut. | Makna | 18.01.2010 |
maksud komunikasi korporat? | Komunikasi korporat ialah satu unit yang menjadi perantara atau penghubung antara sesebuah institusi dengan pihak luar. | Istilah | 18.01.2010 |
CORPORATE EXERCISE | PELAKSANAAN PROSEDUR KORPORAT/PELAKSANAAN PERATURAN KORPORAT | Istilah | 22.01.2011 |
Salam Adakah frasa 'nama korporat' wujud ? Sebagai sebuah sekolah , saya ingin memendekkan nama sekolah saya. Contoh SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL KUALA LUMPUR kepada SEBIJAK. adakah SEBIJAK itu 'nama korporat'? Atau apakah istilah yang sesuai bagi memendekkan nama? Malay College Kuala Kangaar MCKK. Adakah MCKK itu nama korporat? ATAU sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, KKB, SEMEKAP itu nama korporat ? Terimakasih | Nama korporat ialah nama yang biasa dikenali bagi sesebuah badan korporat. Untuk lebih memudahkan sesebuah oranisasi, akronim lazimnya digunakan seperti MARA, LHDN, MCKK dan banyak lagi. Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). | Tatabahasa | 07.07.2013 |
APAKAH ITU CERPEN JENIS KORPORAT? CONTOH? BAGAIMANAKAH CARA PENGHASILAN KERTAS KERJA TENTANGNYA. | Salam Sejahtera. Secara umum cerpen jenis korporat ialah cerpen yang membincangkan atau menceritakan tentang atau berkaitan dengan syarikat atau perbadanan. Cerpen-cerpen berkaitan dengan dunia korporat ini telah banyak ditulis. Salah seorang penulis yang sering mengangkat isu dunia korporat ialah Azmah Nordin. Untuk merujuk contoh cerpen-cerpen tersebut, sila dapatkan kumpulan cerpen beliau yang berjudul "Wizurai", terbitan DBP, 1997. | Lain-lain | 12.01.2010 |
Apakah strategi-strategi komunikasi terkini yang digunakan pihak dbp dalam usaha organisasi ini membentuk imej, identiti dan reputasi | Identiti, imej dan reputasi korporat merupakan agenda utama aktiviti korporat bagi setiap organisasi termasuk DBP. Strategi-strategi komunikasi DBP bagi mengekalkan imej, identiti dan reputasi korporat yang positif dibuat secara terancang, berterusan dan sistematik merangkumi aspek berikut : Hubungan Media, Komunikasi Dalaman, Periklanan, Identiti Korporat, Direct Mail, Penajaan, Pameran (Hari Bertemu Pelanggan), Persidangan, Hubungan Komuniti, Pengurusan Krisis, Acara Khas dan Penghubung. | Lain-lain | 29.07.2007 |
korporat | Harap maaf, apakah persoalan yang ingin dikemukakan oleh sdr.? Jika soalan tersebut berkaitan tentang maksud perkataan korporat, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 21.02.2010 |
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa melayu korporat, ciri-cirinya, fungsinya, kesan dan contoh. | Bahasa melayu korporat biasanya dikaitkan dengan penggunaan dalam situasi rasmi. Bagi membantu saudara mendapat pelbagai lagi maklumat lanjut berkaitan soalan ini, saudara boleh merujuk buku Perancangan Bahasa Melayu karya Prof.Dr.Haji Awang bin Sariyan atau mengunjungi laman web DBP di www.dbp.gov.my dan klik ke katalog awam dalam talian. Saudara akan memperoleh maklumat berkaitan soalan ini. Terima kasih kerana menggunkan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 17.10.2006 |