Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.rus] | کوروس

Definisi : 1. sekumpulan orang yg menyanyi bersama-sama (dlm sesuatu persembahan); 2. bahagian lagu atau nyanyian yg penyanyi utamanya disertai atau disambut oleh nyanyi­an sekumpulan penyanyi; 3. nyanyian ber­sama-sama atau beramai-ramai oleh sekum­pulan penyanyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata korus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
choral speakingsebutan korusIstilah25.01.2011
Apa padanan yang sesuai bagi "bridge" dalam konteks muzik/lirik lagu? Soalan yang sama pernah ditanyakan oleh pengguna lain pada tahun 2017, namun takrif yang beliau berikan tidak begitu tepat mengenai "pause". Tiada jeda dalam bahagian "bridge", ia cuma mengandungi lirik dan/atau gaya muzik yang berbeza untuk menyambungkan bahagian-bahagian lagu yang lain (korus, instrumental, dll.), justeru ia dipanggil "bridge". Dengan konteks yang berikut, saya harap pihak DBP boleh berikan atau cadangkan padanan yang sesuai untuk perkataan tersebut. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah bridge ialah perangkai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang muzik.Istilah25.06.2023

Kembali ke atas