Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : harga yg perlu dibayar utk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara, dsb sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga, per­belanjaan; ~ faktor (Eko) kos yg digunakan utk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sam­pingan yg dibayar kpd buruh, sewa hartanah, untung yg dibayar kpd usahawan dan kos bahan; ~ malar (Eko) kos tetap (tidak ber­ubah-ubah besarnya atau jumlahnya); ~ melepas (Eko) nilai faedah atau keuntungan yg sepatutnya boleh diperoleh drpd peng­gunaan alternatif sumber yg sama; ~ purata kos hitung panjang; ~ sara hidup (Eko) nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal dsb utk menikmati taraf hidup tertentu; ~ satuan kos bagi tiap-tiap satu unit (barang dll); ~ tak tetap (Eko) kos yg berubah-ubah menurut banyaknya pengeluaran; ~ tetap (Eko) kos yg mesti ditanggung dgn tidak berdasarkan banyaknya pengeluaran; berkos melibatkan atau memerlukan kos: pembiayaan jangka pendek dan ~ rendah; pengekosan anggaran semua kos yg terlibat dlm sesuatu urusan, mis perniagaan, projek: Jabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kos (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan harga, belanja, biaya, nilai, ongkos, anggaran.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah penggunaan yang betul? Anggaran kos atau kos anggaran? Konteks penggunaan adalah seperti "(Anggaran kos/kos anggaran) bagi kerja ini adalah RM50" Terima kasih

Kami mencadangkan penggunaan istilah anggaran kos (cost estimate). Sekiranya tuan ingin menggunakan padanan yang lain, istilah kos jangkaan (anticipated cost) juga sesuai digunakan terutamanya dalam bidang perakaunan, ekonomi dan perniagaan.

Istilah01.04.2020
1.Dalam bahasa melayu, adakah dibenarkan sesuatu perkara yang menunjukkan lebih daripada satu tetapi ditulis satu perkataan sahaja. Contoh: 1.syarat-syarat (conditions) ditulis sebagai "syarat" sahaja 2. Kos-kos ditulis sebagai "kos" sahaja Adakah betul penulisan syarat atau kos sahaja tanpa digandakan perkataan tersebut walaupun ianya melibatkan jamak. 2. Perkataan lain-lain Cth: Sama ada lain-lain hubungan kekeluargaan yang rapat atau hubungan kekeluargaan lain yang rapat. Sama ada lain-lain dokumen sokongan atau dokumen sokongan lain Terima kasih atas bantuan.

1. “Syarat-syarat” atau “syarat”, kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. Contohnya, “Tertakluk pada terma dan syarat”. Dalam konteks ini, “syarat” telah membawa maksud jamak. Begitu juga dengan perkataan “kos-kos” atau “kos”, penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks ayat. Kebiasaannya, “kos” juga telah membawa maksud jamak dan tidak perlu digandakan.

2. Frasa yang betul ialah “... hubungan kekeluargaan lain yang rapat ...” dan “… dokumen sokongan lain …”.

Tatabahasa08.08.2025
Assalamualaikum Tuan/Puan 1. Adakah perkataan KOS atau BAJET merupakan perkataan Bahasa Melayu? Contoh: i.Kos Perbelanjaan atau Bajet Perbelanjaan ii.Kos Tuntutan Perjalanan 2. Antara Kos dan Bajet yang mana lebih sesuai digunakan Terima KasihPerkataan kos telah diterima dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang peristilahan; manakala perkataan bajet hanya digunakan dalam konteks bahasa percakapan.Penyemakan dan penterjemahan28.12.2015
Mana satukah yang betul - 1)kos rawatan atau kos perawatan atau kos merawat? 2) kerja-kerja membaik pulih atau kerja-kerja pembaikpulihan? Terima kasih atas perhatian anda.

Puan Junita,

Ayat yang betul ialah 1. kos rawatan 2. kerja-kerja membaik pulih

Ejaan06.10.2010
COST EFFECTIVENESSKEBERKESANAN KOS KOS BERKESAN (UMUM)Istilah10.11.2010
apakah maksud pengekosan sumber manusia

Assalamualaikum.

 

Berdasarkan Kamus Dewan 4 makna "pengekosan" adalah anggaran semua kos yang terlibat dalam satu urusan misalnya perniagaan.

Merujuk kepada pertanyaan tuan, perkataan pengekosan sumber manusia berkemungkinan merujuk kepada anggaran semua kos yang terlibat dalam urusan pengambilan sumber manusia seperti gaji, elaun, sumbangan KWSP, kos latihan, kos perubatan dan sebagainya. 

 

Lain-lain26.02.2009
Ayat yang manakah adalah betul. A. Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (bulan ini mengandungi 31 hari) B. Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (31 hari) dan ada tanda soal ke tak?

Kirakan penggunaan jumlah kos elektrik untuk bulan Disember (31 hari). Ayat ini tidak perlu penggunaan tanda soal.

Tatabahasa27.10.2022
salam, pihak kami bercadang menghasilkan sebuah buku biografi untuk diterbitkan. persoalan saya 1) cara/kaedah untuk penyelidikan yang tepat bagi menghasilkan buku ini 2)adakah terdapat kos melibatkan DBP atau kos penyelidikan yang perlu saya tahu atau jumlah kos purata pembayaran bagi temubual individu. yasmin korporat MAINJ 0104145174Salam 

MENERBITKAN BUKU BIOGRAFI

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pihak kerana berminat untuk menghasilkan dan menerbitkan buku biografi di Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman puan, editor di Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, DBP, akan menghubungi pihak puan dalam masa terdekat untuk menjelaskan  persoalan ini dengan lebih lanjut. 

Sekian, untuk pemakluman.

Lain-lain22.09.2021
Ayat yang mana yang betul, Kos ditanggung sepenuhnya oleh syarikat atau Kos ditangguhan oleh syarikat sepenuhnya.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. 
Sila betulkan ejaan "ditanggung"
Lain-lain04.08.2023
Hello. Saya ingin bertanya tentang perkhidmatan penterjermahan bahasa yg merangkumi berapa bahasa dan kos ?Untuk mendapatkan kos penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan negara, no. tel. 03-41497210, e-mel www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia no. tel. 03-21424381, e-mel terjemah@tm.net.my. Lain-lain12.12.2008
12345678910...

Kembali ke atas