Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kos.mo.po.li.tan] | کوسموڤوليتن

Definisi : 1. terdiri drpd orang atau unsur-­unsur dr seluruh dunia, bersifat sejagat (tidak terbatas kpd unsur-unsur setempat): sekarang dia tercampak ke kota ~ yg bergelut dgn berbagai-bagai ragam; berdasarkan faktor-faktor inilah beliau telah membuat kesimpulan bahawa kebudayaan ~ akan lebih menonjol dan kebudayaan yg bercorak kesukuan akan berkurangan; 2. bebas drpd prasangka kebang­saan, bersifat sejagat: dia merupakan seorang penulis ~ yg menggunakan tema universal; kekosmopolitanan segala hal yg berkaitan dgn sifat, fungsi, dll kosmopolitan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kosmopolitan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin tahu sama ada kata kosmo telah di terima sebagai sebuah kata bahasa malaysia di dewan bahasa dan pustaka? kalau ada, kemapa tiada sebarang rujukan dalam kamus dbpPerkataan kosmo ialah singkatan daripada perkataan kosmopolitan yang bermaksud sesuatu yang bersifat sejagat atau sesuatu yang terdiri daripada orang atau unsur-unsur dari seluruh dunia. Lain-lain10.06.2009
Saya ada satu soalan tentang penggunaan perkataan. Bilakah kita boleh menggunakan perkataan “ heterogen”, bilakah kita boleh menggunakan perkataan “pelbagai”? Bolehkah tuan/puan memberikan contoh? Bolehkah saya menggunakan “heterogen kaum”, atau “heterogen orang”, “heterogen masyarakat” ? Terima kasih.Makna bagi kata heterogen ialah:

heterogen kata adjektif
1 (berkenaan bandar, penduduk dan sebagainya) berjenis-jenis yang berbeza sifatnya.
Contoh penggunaan
Bandar yang bersifat kosmopolitan dan heterogen merupakan ciri-ciri penting dalam kekuatan pertumbuhan budaya.

2 Kimia
berkaitan dengan proses yang melibatkan bahan dalam fasa yang berbeza.
Contoh penggunaan
pemangkinan heterogen;

keheterogenan kata nama
hal atau sifat heterogen:
contoh penggunaan
Keheterogenan masyarakat dapat dilihat dari segi tingkat pendidikan, ekonomi dan budaya.

Untuk maklumat lanjut tentang kata dalam bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna02.12.2023

Kembali ke atas