Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kos.tum] | کوستوم

Definisi : 1. pakaian yg dipakai pd ketika ter­tentu (spt menghadiri upacara, jamuan, dll); 2. pakaian yg dipakai oleh pelakon-pelakon sandiwara, filem, dll; 3. pakaian perempuan potongan Barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kostum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Drp Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu"COSTUME JEWELRYIstilah bahasa Melayu untuk "costume jewellery" ialah barang kemas kostum atau manikam kostum.Istilah11.10.2016
Tuan, adakah ayat ini betul? Ayat: Narut terbayang gadis dalam kostum opera Cina yang berwarna merah. Adakah "dalam" digunakan dengan betul dalam ayat ini? Pada pengetahuan saya, "dalam" sebagai kata sendi nama bermaksud lingkungan yang tidak berjarak atau tidak beruang. Tetapi, "baju" ada ruang dan merupakan benda konkrit. Jadi, adakah kata "dalam" tidak patut digunakan dalam ayat ini? Adakah "dalam" perlu diganti dengan "di dalam"?Betul, kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Mengambil ayat daripada sumber karya kreatif sebagai contoh untuk memahamkan aspek tatabahasa, perlu dielak kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.Tatabahasa20.03.2015
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "cosplay"? Tiada terjemahan frasa ini dalam pangkalan data PPRM. Adakah "Kosplay" boleh digunakan? "cosplay" bermaksud pertunjukan seni yang mana pesertanya memakai pakaian kostum. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Penulisan bagi perkataan yang belum ada padanan dalam bahasa Melayu adalah dengan memberikan huraian atau konsep makna perkataan tersebut, seperti cosplay, iaitu pertunjukan seni oleh peserta yang memakai kostum.Lain-lain19.01.2019
selamat sejahtera Saya hendak tahu makna monodrama dengan terperinci dan sekiranya ada maklumat mengenai teknik dan cara mencipta skrip monodrama, mohon dikemukan sekali. terima kasih.Saudara yang bertanya,

1. Monodrama merujuk kepada drama monolog yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja dan melakonkan lebih dari satu watak. monodrama ialah sebuah 'sole performance' dengan hanya berdiri pada kekuatan seorang pelakon sahaja menguasai pentas dan audience. Sebagai sebuah drama, persembahan monodrama juga diiringi dengan muzik latar, set, kostum dan tatarias bagi melengkapkan keperluan pelakon tersebut beraksi di pentas.

2. Skrip monodrama pula merupakan sbuah skrip yang lengkap sebagai sebuah cerita, juga mempunyai permulaan, klimak dan peleraian.
Sastera30.03.2012

Kembali ke atas