Salam sejahtera puan, apakah kesalahan ayat-ayat berikut :- 1. Ibu tua itu menangis apabila dilakukan seperti abdi oleh anaknya sendiri. 2. Buah-buah tembikai yang besar dan manis di dalam kotak-kotak itu. Terima kasih. | 1. Ibu tua itu menangis kerana dilakukan seperti abdi oleh anaknya sendiri. 2. Buah-buah tembikai yang besar dan manis disimpan di dalam kotak-kotak itu. | Tatabahasa | 19.02.2013 |
maksud atau makna teka silang kata dan catur | Teka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dgn menggunakan huruf-huruf yang dicantum menjadi perkataan, biasanya diberikan soalan/pembayang untuk menjawab pada kotak-kotak yang disediakan. caturI sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut peraturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur; | Makna | 05.09.2007 |
Pelbagai jenis kotak atau kotak pelbagai jenis | Yang betul ialah pelbagai jenis kotak. | Lain-lain | 04.01.2011 |
Salam Satu Malaysia, Tuan, tolong semak jawapan ayat majmuk di bawah. 1.Saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.Keluarga saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.(dan) Jwp: Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun teh.Pekerja ladang teh memasukkan daun teh ke dalam bakul.(lalu) Jwp:Pekerja ladang teh memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul.(*perlu tambah objek di belakang memetik?) 3. Ibu mengambil beberapa kotak teh.Ibu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran.(lalu) Jwp:Ibu mengambil lalu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran. 4.Navin menggantung Jalur Gemilang.Navin menampal Jalur Gemilang.(dan) Jwp: Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5.Pasukan polis berkawad .Pasukan askar berkawad.(dan) Jwp: Pasukan polis dan askar berkawad.( Perlu tambah pasukan di depan askar selepas digabungkan?) 6. Kavita gemar minum jus oren?.Kavita gemar minum jus epal?.(atau) Jwp:Kavita gemar minum jus oren atau epal? (perlu tambah jus di depan epal?) (Tolong beri penjelasan)Terima kasih. *Tolong beri penjelasan | 1. Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun the lalu memasukkannya ke dalam bakul. 3. Ibu mengambil kotak-kotak teh lalu membawanya ke kaunter pembayaran. 4. Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5. Pasukan polis dan pasukan askar berkawad. 6. Kavita gemar minum jus oren atau jus epal? | Tatabahasa | 09.10.2016 |
Saya ingin tahu istilah yang digubal oleh pihak DBP bagi set-top box. Terima kasih | Untuk makluman, dalam pangkalan data kami terdapat dua padanan bahasa Melayu, iaitu kotak atas set dan kotak set atas. Huraian untuk kedua-dua istilah itu adalah seperti yang berikut: kotak atas set - Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet. kotak set-atas - Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya. | Istilah | 06.08.2014 |
ADAKAH FORMAT BARU UNTUK PENULISAN MINIT MESYUARAT DAN SURAT KIRIMAN RASMI? | Format penulisan minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Bentuk ini dipilih bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Misalnya, mesyuarat berkala lazimnya menggunakan format kotak, manakala mesyuarat agung menggunakan format tanpa kotak. Bagi penulisan surat rasmi pula, format yang diguna pakai umumnya berbentuk santak kiri. Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan pihak INTAN atau Jabatan Perkhidmatan Awam. | Lain-lain | 02.07.2009 |
format penulisan minit mesyuarat | Format minit bagi setiap mesyuarat masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993. | Lain-lain | 17.01.2012 |
Saya ada dua pertanyaan: i)Boleh saya tahu mengapa set-top box diterjemahkan sebagai kotak atas set dan bukan kotak set atas? ii) Apakah terjemahan yang sebaiknya bagi "TV point" atau "cable TV point"? Terima kasih | Dalam data kami, terdapat dua padanan bagi istilah tersebut, iaitu -top box | kotak set-atas | Teknologi Maklumat | Tiada | Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya. | set-top box | kotak atas set | Teknologi Maklumat | Tiada | Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet. | Kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi konsep yang berbeza. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=set+atas dan boleh menghubungi Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.08.2014 |
1. Dalam menulis minit mesyuarat rasmi, bahagian TINDAKAN ditulis disebelah kanan atau kiri? 2. Tolong emelkan kpd saya contoh minit mesyuarat yang terkini | Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Contoh minit mesyuarat akan dihantar dalam tempoh terdekat. | Lain-lain | 18.01.2010 |
Adakah ayat di bawah betul? kotak itu tidak terangkat oleh saya. Berdasarkan pengetahuan saya, kata ganti diri pertama tidak boleh menggunakan perkataan 'oleh' (kotak itu diangkat oleh saya-salah) Sekiranya ayat di atas adalah betul, bolehkah pihak DBP jelaskan? Terima kasih | Ayat yang betul ialah kotak itu saya tidak terangkat atau saya tidak terangkat kotak itu. | Tatabahasa | 06.04.2010 |