Salam sejahtera puan, apakah kesalahan ayat-ayat berikut :- 1. Ibu tua itu menangis apabila dilakukan seperti abdi oleh anaknya sendiri. 2. Buah-buah tembikai yang besar dan manis di dalam kotak-kotak itu. Terima kasih. | 1. Ibu tua itu menangis kerana dilakukan seperti abdi oleh anaknya sendiri. 2. Buah-buah tembikai yang besar dan manis disimpan di dalam kotak-kotak itu. | Tatabahasa | 19.02.2013 |
1. Dalam menulis minit mesyuarat rasmi, bahagian TINDAKAN ditulis disebelah kanan atau kiri? 2. Tolong emelkan kpd saya contoh minit mesyuarat yang terkini | Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Contoh minit mesyuarat akan dihantar dalam tempoh terdekat. | Lain-lain | 18.01.2010 |
format penulisan minit mesyuarat | Format minit bagi setiap mesyuarat masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993. | Lain-lain | 17.01.2012 |
soalan 1 1. Kak Lijah telah memberikan __________ daripada lauk gulai ayam yang dimasaknya kepada Puan Teoh A. sebahagian B. Separuh apa jawapannya dan kenapa soalan 2 1. __________ daripada alat tulis yang ada di dalam kotak pensel itu kepunyaan kakak saya. A. sebahagian B.Sebilangan soalan 3. 1. ______________ dia dilantik menjadi ketua kerana kebolehannya itu. A. selayaknya B. sebetulnya C. Bahawasanya. soalan 4. 1. __________________ datang ke rumah saya pada malam ini kerana bapa saya akan mengadakan kenduri kesyukuran . A. Jemput B. sila C. Minta D. harap bagaimana nak bezakan jawapan tersebut.terimakasih dengan penjelasan yang diberi | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "sebahagian" dan "separuh" mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua jawapan adalah betul. 2. Sebahagian bermaksud separuh atau setengah. Sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Jawapan yang sesuai ialah "sebahagian". 3. Selayaknya bermaksud sepatutnya, sepantasnya. Sebetulnya bermaksud sebenarnya, sesungguhnya, nyata. Bahawasanya bermaksud i. bahawa ii. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya. Berdsarkan maksud yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah "selayaknya". 4. Jawapan yang paling sesuai ialah "sila" kerana sila bermaksud minta dengan hormat supaya..., jemputlah, sudilah. | Tatabahasa | 19.04.2012 |
assalamualaikum 1. bolehkah sekiranya saya mendapatkan format terkini penulisan minit mesyuarat sama ada dalam bentuk kotak atau pun tidak berkotak. 2. apakah perkataan lain yang sesuai selain dari perkataan mengakses. perkataan inggeris access. 3. adakah tajuk ini sesuai untuk menulis minit mesyuarat. MESYUARAT BERKENAAN PEMBINAAN SISTEM PAKIRAN BERPALANG DI HOTEL UiTM BERSAMA JABATAN FASILITI UiTM ( KALI PERTAMA) | 1. Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Penulisan minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut : format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul), draf disediakan dalam tempoh tiga hari (maksimum tujuh hari) dan disemak oleh pengerusi. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang membincangkan perkara ini. 2. Penggunaan selain daripada akses ialah capai/capaian. 3. MESYUARAT PEMBINAAN SISTEM LETAK KERETA BERPALANG DI HOTEL UiTM BERSAMA JABATAN FASILITI UiTM, BIL. 1/2011 | Tatabahasa | 11.04.2011 |
Salam, Tuan,apakah ayat 1 di bawah mengandungi kesalahan? 1.Barulah saya tahu rupa-rupanya itulah kotak gear. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Barulah saya tahu rupanya itulah kotak gear" - rupanya bermaksud sebetulnya. | Tatabahasa | 15.10.2011 |
Saya ingin mengetahui format menulis minit mesyuarat yang terbaru? | Format penulisan minit mesyuarat adalah bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Format minit bagi setiap mesyuarat masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. | Lain-lain | 19.11.2010 |
Assalamualaiikum! 1. Dalam penulisan minit mesyuarat, TINDAKAN patut ditulis di bahagian mana (ada yang tulius di kiri / kanan di bawah pernyataan dan ada yang tulis di dalam petak sebelah kanan . mana satukah yang betul? 2. Pohon diberikan contoh format penulisan minit mesyuarat yang betul | 1. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh institusi atau organisasi masing-masing. Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. 2. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 12.05.2010 |
MINIT MESYUARAT 1) Bagi institusi pendidikan,siapa yang perlu menandatangani ruangan 'Disemak oleh' dan Disahkan oleh" 2) Bagaimana untuk menulis agenda di dalam minit yang tidak berkotak? Kebiasaannya saya akan tulis 'AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT' Adakah betul penggunaan perkataan AGENDA? | Bergantung kepada gaya penulisan jabatan masing-masing, ada minit mesyuarat jabatan menyediakan ruangan Disediakan oleh - Pencatat Minit, Disemak oleh - pegawai kanan dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Ada jabatan yang menyediakan ruang Disediakan oleh - Pencatat Minit dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Berkaitan dengan seterusnya hal tersebut juga bergantung pada gaya penerbitan atau gaya penulisan dalaman sesebuah organisasi. Format minit bagi setiap mesyuarat masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
| Lain-lain | 05.01.2012 |
1)Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun.(Betulkah perkataan "pengalaman"digunakan dalam ayat ini?)2)Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.3)Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula,baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 tahun.(Tolong betuklan ayat (2) dan (3) jika ada salah.Terima kasih.) | 1. Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun. Penggunaan perkataan pengalaman dalam ayat tersebut betul. 2. Kotak yang berat itu terangkat oleh saya. 3. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 bermula, baginda bersemayam di atas mahligai. | Tatabahasa | 11.09.2012 |