Ahmad mengelap cermin tingkap kerana sudah kotor.adakah ayat ini betul? | Ahmad mengelap cermin tingkap kerana sudah kotor - ayat ini tidak gramatis kerana sudah bermaksud selesai, oleh itu tidak sesuai digunakan dalam ayat ini. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
1.Sisa makanan yang tertumpah itu itu.................meja makan. a.mengotori b.mengotorkan mana satu jawapan yang betul? dan apakah alasannya? | Mengotori bermaksud menjadi kotor pada dan mengotorkan bermaksud menyebabkan menjadi kotor. Berdasar makna yang tersebut mengotori dan mengotorkan boleh digunakan dalam konteks ayat yang tersebut. | Tatabahasa | 20.06.2013 |
selamat sejahtera, 1. Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk: 1.Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian atau 2.Kakak memerah kain itu lalu menyidai di ampaian. 2. Adam merendam bajunya. Bajunya sangat kotor. ayat majmuk 1. Adam merendam bajunya kerana bajunya sangat kotor. atau 2. Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. soalan saya, adakah kedua-dua ayat majmuk itu boleh diterima? 3. perkataan 'dua' , 'daun' -adakah dikategorikan dalam golongan dua suku kata atau satu suku kata? 'buaya' - dua atau tiga suku kata? 4. bersoal jawab dijarakkan atau bergabung? sekian, terima kasih. | 1. Ayat majmuk yang gramatis ialah Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. 2. Ayat majmuk yang gramatis ialah Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. 3. Perkataan 'dua' dan 'daun' - satu suku kata, perkataan 'buaya' - dua suku kata. 4. Ejaan yang betul ialah bersoal jawab. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Saya ingin meminta pandangan yang jelas tentang perbezaan di antara perbendaharaan "baru" dan "baharu". Selain itu juga, saya ingin meminta khidmat nasihat tentang perbezaan "kotor" dan "comot". Situasi berikut lebih menjelaskan : 4. Muka adik sangat ________ kerana makan coklat. a. comot b. cantik c. kacak d. kotor Bagi soalan di atas, apakah jawapan yang paling sesuai? Ada guru lain yang mempersoalkan jawapan yang saya berikan iaitu jawapan : A. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Jawapan yang paling sesuai ialah A. comot | Tatabahasa | 24.08.2008 |
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara punca berlakunya keracunan makanan ialah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. | Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara punca berlakunya keracunan makanan termasuklah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
Dia jarang memakai pakaian yang berwarna cerah kerana cepat kotor (tuan, cerah wajar digantikan dengan apa perkataan? TK) | Penggunaan perkataan cerah adalah betul. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
salam. maksud perkataan KUMAL sekian. Terima kasih | Kumal ialah renyuk dan kotor (berkenaan pakaian dan lain-lain yang sudah lama dipakai), lusuh, berkerumuk (berkenaan kertas dan lain-lain). | Makna | 24.06.2008 |
Kemusykilan: Ada berapa ayat yang betul. Kenapa dipilih betul dan kenapa tidak betul? a. Semua guru-guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka. Terima kasih. | a. Semua guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. (perkataan 'guru' tidak perlu diulang kerana perkataan 'semua' telah membawa maksud jamak) b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. (betul) c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. (betul) d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka atau Anak lembu Pak Rastam gemuk-gemuk belaka. | Tatabahasa | 19.10.2011 |
salam. ingin mengetahui maksud perkataan MORAT-MARIT, COMOT-MOMOT,CORENG-MORENG, BEJANA, BASA-BASI dan perkataan berlawan MELABUHKAN | Morat-marit ialah tidak teratur. Comot-momot pula ialah sangat kotor, manakala coreng- moreng bermaksud penuh dengan coreng. Bejana bermakna bekas (air dll), balang, jambang. Basa-basi ialah adat istiadat, sopan santun. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum. | Makna | 17.06.2008 |
apakah definisi dan jenis-jenis sampah dan apakah definisi sisa pepejal. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sampah ialah benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll.) manakala sisa pepejal ialah apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll) yang berbentuk pejal, tidak berubah-ubah, benda padat. Sila rujuk syarikat yang berkaitan untuk mengetahui jenis-jenis sampah, cth. syarikat pelupusan sampah. | Makna | 22.09.2007 |