Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perusahaan (kerja, seni, dsb) yg memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan: tumpuan juga boleh dialih kpd bidang ~ yg sering menarik minat pelancong; 2. yg memerlukan (dihasilkan dgn dsb) kemahiran menggunakan tangan: barang-barang ~; perusahaan ~; seni ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A melawat ke pameran hasil kraf tangan B melawat ke Pameran Hasil Kraf Tangan mana satu betul? adakah kedua-dua betul berdasarkan keadaan? ini kerana tiada kain rentang/ gambar menulis Pameran Hasil Kraf Tangan maka boleh tulis melawat ke pameran hasil kraf tangan

Jika kain rentang, boleh ditulis seperti yang berikut:

  1. Pameran Kraf Tangan
  2. Selamat Datang ke Pameran Kraf Tangan 

Jika ayat biasa bolehlah ditulis seperti yang berikut:

  1. [Subjek] melawat ke pameran hasil kraf tangan.
  2. [Subjek] melawat ke Pameran Hasil Kraf Tangan Kebangsaan 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
Tatabahasa16.07.2014
Assalamualaikum. Baru-baru ini, ada beberapa orang murid bertanya kepada saya adakah ejaan KRAF TANGAN dieja rapat atau dijarakkan? ada guru yang mengatakan bahawa ejaan kraf tangan sudah dirapatkan semula ejaannya menjadi kraftangan. adakah perkara tersebut benar? terima kasih.

Perkataan kraf tangan yang merupakan kata majmuk dieja sebagai dua  perkataan. Walau bagaimanapun perkataan ini dieja sebagai satu perkataan bagi Lembaga Kraftangan Malaysia kerana ini merupakan nama khas yang telah berdaftar diwartakan.    

Lain-lain20.06.2017
1(a). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah anyaman daripada daun kelapa dan ukiran. 1(b). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah barangan daripada daun kelapa dan ukiran. 2(a). Mereka melihat pelbagai anyaman seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. 2(b). Mereka melihat pelbagai barangan seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. Ayat yang mana satu lebih tepat? Terima kasih.Kesemua contoh ayat adalah betul.  Walau bagaimanapun untuk konteks ayat sebegini perkataan anyaman lebih tepat menggantikan barangan.Tatabahasa16.02.2017
Assalamualaikum, Mohon penjelasan tentang penggunaan perkataan ' kita' dan 'kalian' dalam ayat-ayat di bawah: 1."Kita perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya. 2."Kalian perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya. Prsoalan saya ialah, penggunaan perkataan 'kita' dan 'kalian' dalam ayat di atas, ayat manakah yang lebih tepat dan betul. Mohon penjelasan dari pihka tuan. Terima kasih.Kata ganti nama diri kita merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar. Kalian merujuk kamu semua. Dalam ayat contoh yang diberikan, kedua-duanya betul tetapi berbeza maksud. Dalam ayat  1 ("Kita perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya), penggunaan kita turut melibatkan  Encik Mansorbersama-sama pekerjanya, manakala dalam ayat 2, ("Kalian perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya) tidak melibatkan penyertaan Encik Mansor kerana maksud kalian ialah kamu semua.Tatabahasa01.07.2010
hasil (pada / daripada )jualan barangan kraf tangan itu akan didermakan ke rumah anak-anak yatim. apakah jawapan soalan ini? adakah beza bagi ayat-ayat ini jika kedua-dua kata sendi dikatakan betul? terima kasihAyat yang betul ialah hasil jualan barangan kraf tangan itu akan didermakan ........Tatabahasa12.01.2010
modul yang diberikan dalam kursus, perkataan KRAFTANGAN dimantapkan menjadi satu perkataan, tetapi dalam kamus DBP perkataan tersebut ditulis secara asing, iaitu KRAF TANGAN. Yang mana betul?Perkataan kraf tangan yang merupakan kata majmuk dieja sebagai dua  perkataan. Walau bagaimanapun perkataan ini dieja sebagai satu perkataan bagi Lembaga Kraftangan Malaysia kerana ini merupakan nama khas yang telah berdaftar diwartakan. .   Ejaan14.04.2009
yang mana satu betul untuk digunakan dalam penulisan? 1) sumbang saran / sumbang-saran 2) kraftangan / kraf tanganEjaan yang betul ialah sumbang saran dan kraf tangan.Ejaan28.08.2014
1. Bagaimanakah kita tahu sama ada kata seperti semula jadi atau semulajadi, kraftangan atau kraf tangan, dan sebagainya itu dieja bersambung atau terpisah? Terima kasih. 2. Mengapa "memproleh" dan bukan "memperolehi"? 3. Bolekah perkataan "memperbaiki" digunakan?

1. Ejaan yang betul ialah semula jadi dan kraf tangan. Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Perkataan yang tetap dieja bercantum ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara dan pesuruhjaya.

2.  Awalan memper-,  apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna mendapat sesuatu. Oleh ialah kata tugas dan bentuk yang betul ialah memperoleh.

3. Awalan memper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Oleh itu, kata adjektif  baik apabila ditambah imbuhan memper- menjadi memperbaik (menjadikan lebih baik).

Ejaan31.10.2011
saya merupakan pelajar tahun akhir di ums... sekarang saya sedang menulis tesis tentang kraftangan di sabah. saya ingin kepastian ejaan "kraftangan" sama ada di jauhkan atau di dekatkan... menurut kamus edisi ke 4, ejanya jauh.Ejaan yang betul ialah kraf tangan kerana kata majmuk kraf tangan hasil gabungan kraf dan tangan dan kedua-dua perkataan tersebut boleh berdiri sendiri. Kraf tangan tidak termasuk dalam senarai kata majmuk yang mantap yang dieja dalam satu perkataan..Ejaan21.11.2012
Kebanyakan hasil kraf tangan kaum Iban 'diperbuat' daripada manik. Adakah perkataan 'diperbuat' itu betul dalam ayat ini?Perkataan "diperbuat" dalam ayat tersebut betul.Lain-lain23.05.2016
12

Kembali ke atas