Kraftangan Malaysia sedang menyelaras pindaan akta bagi Institut Kraf Negara. Mohon pandangan ke atas penggunaan perkataan yang sesuai untuk diguna pakai di dalam akta nanti. Disertakan petikan pindaan akta seperti berikut: a) mengadakan kemudahan-kemudahan latihan termasuk pusat pengajian berasaskan kemahiran kraf.... atau mengadakan kemudahan-kemudahan latihan termasuk pusat pendidikan berasaskan kemahiran kraf. yang mana lebih sesuai pengajian atau pendidikan. mohon pencerahan | Pendidikan bermaksud perihal mendidik, pengajian bermaksud perihal mengaji. Jika yang dimaksudkan ialah perihal mendidik, maka perkataan yang sesuai ialah pendidikan. Kata kerja pendidikan lebih banyak digunakan, malah akta yang dirujuk ialah Akta Pendidikan dan kementerian yang bertanggungjawab ialah Kementerian Pendidikan Malaysia.
| Tatabahasa | 18.05.2017 |
Ejaan "kraftangan" dieja dekat atau dijarakkan? | Ejaan yang betul kraf tangan. | Ejaan | 21.05.2012 |
saya merupakan pelajar tahun akhir di ums... sekarang saya sedang menulis tesis tentang kraftangan di sabah. saya ingin kepastian ejaan "kraftangan" sama ada di jauhkan atau di dekatkan... menurut kamus edisi ke 4, ejanya jauh. | Ejaan yang betul ialah kraf tangan kerana kata majmuk kraf tangan hasil gabungan kraf dan tangan dan kedua-dua perkataan tersebut boleh berdiri sendiri. Kraf tangan tidak termasuk dalam senarai kata majmuk yang mantap yang dieja dalam satu perkataan.. | Ejaan | 21.11.2012 |
modul yang diberikan dalam kursus, perkataan KRAFTANGAN dimantapkan menjadi satu perkataan, tetapi dalam kamus DBP perkataan tersebut ditulis secara asing, iaitu KRAF TANGAN. Yang mana betul? | Perkataan kraf tangan yang merupakan kata majmuk dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun perkataan ini dieja sebagai satu perkataan bagi Lembaga Kraftangan Malaysia kerana ini merupakan nama khas yang telah berdaftar diwartakan. . | Ejaan | 14.04.2009 |
saya Sarina dari Kraftangan Malaysia.. saya sedang menyiapkan cadangan untuk melantik sidang editorial buletin. bolehkah saya mendapatkan bantuan dari DBP untuk mendapatkan penjelasan tentang fungsi dan peranan setiap anggota sidang redaksi (cth:ketua editor, editor grafik, editor teks dll). terima kasih atas segala maklumbalas.. sekian. | Dalam penerbitan buletin, struktur editorialnya merangkumi Ketua Editor, Editor, Pembantu Editor, dan Editor Pengeluaran. Fungsi umum sidang editor ini adalah seperti yang berikut: 1. Ketua Editor- Menjalankan tugas pengurusan penerbitan buletin secara keseluruhannya, seperti perancangan, pengorganisasian kerja, pengarahan, dan pengawalan. Perancangan penerbitan buletin merangkumi tugas seperti merancang strategi penerbitan buletin mengikut kehendak atau spesifikasi penerbit, dalam hal ini mengikut dasar penerbitan Kraftangan Malaysia. 2. Editor- Mengetuai operasi penerbitan buletin , seperti memastikan makalah siap mengikut tarikh yang dikehendaki; ertinya memastikan pengakuran kepada jadual penerbitan. Editor juga membantu Ketua Editor dalam hal pengurusan penerbitan buletin , seperti merancang strategi penerbitan, melantik penulis yang sesuai dan membuat penilaian makalah dan penyuntingan substantif pada makalah tersebut. 3. Pembantu Editor- Membuat kerja penyuntingan dari segi tatabahasa dan sebagainya termasuk menyemak pruf sebelum disahkan oleh Ketua Editor. 4. Editor Pengeluaran - Membuat kerja rekabentuk buletin seperti halaman pertama, , teks, dan sebagainya dan juga menguruskan atur huruf . | Lain-lain | 27.09.2010 |
1. Bagaimanakah kita tahu sama ada kata seperti semula jadi atau semulajadi, kraftangan atau kraf tangan, dan sebagainya itu dieja bersambung atau terpisah? Terima kasih. 2. Mengapa "memproleh" dan bukan "memperolehi"? 3. Bolekah perkataan "memperbaiki" digunakan? | 1. Ejaan yang betul ialah semula jadi dan kraf tangan. Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Perkataan yang tetap dieja bercantum ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara dan pesuruhjaya. 2. Awalan memper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna mendapat sesuatu. Oleh ialah kata tugas dan bentuk yang betul ialah memperoleh. 3. Awalan memper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Oleh itu, kata adjektif baik apabila ditambah imbuhan memper- menjadi memperbaik (menjadikan lebih baik). | Ejaan | 31.10.2011 |
yang mana satu betul untuk digunakan dalam penulisan? 1) sumbang saran / sumbang-saran 2) kraftangan / kraf tangan | Ejaan yang betul ialah sumbang saran dan kraf tangan. | Ejaan | 28.08.2014 |
Huraikan mengenai ejaan kata majmuk. Bagaimana hendak bezakan kata majmuk yang kukuh seperti tanggungjawab, kerjasama dan kraftangan dengan ejaan yang dijarakkan seperti dikenal pasti. | kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan | Tatabahasa | 05.12.2006 |
Assalamualaikum. Baru-baru ini, ada beberapa orang murid bertanya kepada saya adakah ejaan KRAF TANGAN dieja rapat atau dijarakkan? ada guru yang mengatakan bahawa ejaan kraf tangan sudah dirapatkan semula ejaannya menjadi kraftangan. adakah perkara tersebut benar? terima kasih. | Perkataan kraf tangan yang merupakan kata majmuk dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun perkataan ini dieja sebagai satu perkataan bagi Lembaga Kraftangan Malaysia kerana ini merupakan nama khas yang telah berdaftar diwartakan. | Lain-lain | 20.06.2017 |
Saudara, Bolehkah saudara memberitahu Maklumat yang SAH tentang wayang kulie? Atau pun sebarang website yang sah? Kini saya sedang belajar di University di Taiwan, dan diminta membuat satu Assignment tentang wayang kulit di Malaysia. Tetapi, saya tidak dapat maklumat yang sah daripada sebarang web walaupun puas mencarinya. Harap saudara dapat menolong dalam persoalan ini. Terima Kasih. | Sila rujuk bahan ini : 1. Wayang kulit : warisan teater Melayu oleh Ainu Sham Ramli terbitan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1996. 2. salampantaitimur.com/index.php?tag=melayu 3.www.kakiseni.com/articles/people/MDIxOQ.html . 4.www.ask.edu.my/BM/ak_course_wt_dtl.asp | Lain-lain | 20.11.2007 |