Berikut adalah tema konvensyen yang akan kami adakan. Mohon untuk menyemak tema mengikut bahasa melayu yang betul. a. Inovasi Kreatif Menjana Transformasi. ( ayat macam tergantung?) b. Inovasi Kreatif Penjana Transformasi.( inovasi kreatif menjadi subjek) c. Inovatif Penjana Transformasi(inovasi+ kreatif = inovatif?) D. Lain cadangan dari pihak tuan jika ada. | Tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu wacana. Tema boleh dihasilkan dalam bentuk ayat atau frasa. Pada pandangan kami, tema 'Inovasi Kreatif Menjana Transformasi' dan 'Inovasi Kreatif Penjana Transformasi', kedua-duanya adalah betul. | Tatabahasa | 12.04.2011 |
Bagaimanakah karya-karya kreatif yang berkualiti dalam bahasa melayu mampu memartabatkan bahasa melayu? | Pemartabatan bahasa Melayu melalui karya kreatif telah bermula pada kurun ke-15. Pada masa itu, karya-karya kreatif klasik seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-Raja Pasai dan lain-lain telah mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa persuratan tinggi di Kepulauan Melayu. Dalam konteks masa kini, karya-karya kreatif sastera seperti puisi, cerpen, novel, pantun, seloka, gurindam, dan lain-lain menjadi wahana bagi menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, penghayatan bahasa Melayu melalui karya kreatif ini secara tidak langsung memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa budaya tinggi. | Lain-lain | 06.05.2010 |
Sebagai editor saya ingin bertanya bagaimana hendak menyunting karya kreatif seperti novel dan cerpen. 1. Apakah aspek-aspek yang perlu dilihat? | Pada prinsipnya, menyunting karya kreatif adalah sama dengan menyunting karya bukan kreatif, iaitu editor perlu mengetahui terlebih dahulu idea keseluruhan sesebuah manuskrip; melihat ketepatan fakta, memastikan tidak ada perkara yang bertentangan dengan agama, undang-undang, moral dan kepentingan negara; penyusunan idea yang logik dan kemas; dan memastikan penggunaan bahasa yang baik, istilah yang tepat, tatabahasa, ejaan yang betul, dan laras bahasa yang sesuai dengan pembaca sasaran. Tugas editor adalah membetulkan sebarang kesalahan yang ada pada manuskrip untuk memastikan komunikasi antara pengarang dengan pembaca dapat berlangsung dengan berkesan. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan pada penyuntingan karya kreatif seperti novel dan cerpen kerana editor perlu juga melihat logik cerita, plot, teknik yang digunakan oleh pengarang, sudut pandangan, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa pengarang, Gaya bahasa seorang pengarang amat penting diketahui oleh editor dan ia tidak boleh disunting dengan sewenang-wenangnya kerana ia telah menjadi identiti seseorang pengarang itu dan tidak sama dengan pengarang yang lain. Dalam karya kreatif, aspek poetic license seperti penggunaan bahasa yang figuratif perlu diberi perhatian untuk memperlihatkan gaya bahasa seseorang pengarang itu, dan di sinilah letaknya nilai estetika yang tinggi pada sesebuah karya kreatif. Terima kasih. | Lain-lain | 16.03.2010 |
Bolehkah saya mendapat senarai bagi ayat-ayat kreatif? | Tidak terdapat senarai ayat kreatif yang disusun setakat ini. Saudara boleh merujuk buku atau makalah tentang penulisan kreatif yang ada di pasaran. | Lain-lain | 23.05.2008 |
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi seorang penulis buku ? Bagaimana pembayaran royalti dikira? | Soalan ini terlalu umum. Syaratnya akan bergantung pada jenis buku yang hendak ditulis. Ada buku ilmiah, buku umum dewasa, buku remaja, buku kanak-kanak, kreatif, dan bukan kreatif. Menulis buku kreatif (seperti novel) mungkin lebih mudah berbanding dengan buku ilmiah yang memerlukan ilmu atau kepakaran dalam bidang yang hendak ditulis dan juga fakta sokongannya. Kadar bayaran royalti DBP ditetapkan mengikut jenis buku yang diterbitkan. Perkiraan dibuat dengan mengambil kira faktor peratus bayaran royalti, harga jualan buku seunit, dan jumlah cetak. | Lain-lain | 07.12.2008 |
Apakah nama buku terbitan DBP yang sesuai untuk Penulis Muda yang tercari-cari bimbingan dan panduan untuk belajar tentang penulisan kreatif ? | Saudara boleh merujuk buku-buku yang berikut:
Saudari juga boleh merujuk Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan ada menganjurkan bengkel/kursus bimbingan penulisan kreatif. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh menghubungi Puan Akibah binti Abu Hassan, Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan di talian 03-21482550 atau e-mel akibah@dbp.gov.my Harap maklumat yang diberikan dapat membantu saudari. | Lain-lain | 01.03.2009 |
Adakah kita dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam penulisan kreatif ? kalau boleh apakah kewajarannya? | Encik Jama, Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namundalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi. | Lain-lain | 04.10.2010 |
Adakah pihak DBP membuka peluang kepada individu yang ingin memulakan bidang penulisan? bagaimna? | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. Sekiranya saudara berminat untuk mengikuti kursus/bengkel penulisan kreatif atau bukan kreatif, saudara boleh berhubung dengan pegawai-pegawai di Bhg. Pembinaan Bakat dan Kepakaran, DBP, kerana bahagian tersebut mengendalikan/menguruskan bengkel berkaitan dengan penulisan. Sekiranya saudara mahu menghantar manuskrip sastera (dewasa), ia boleh dikirimkan kepada Bahagian Buku Sastera, manuskrip kanak-kanak/remaja (Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja) atau manuskrip umum (Bahagian Buku Umum) untuk diterbitkan. Sekiranya ada karya cerpen/sajak/esei, saudara juga boleh mengirimkannya bahan ke Bahagian Majalah untuk disiarkan. | Lain-lain | 29.11.2010 |
maksud kreatif & inovasi | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kreatif ialah mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Inovasi pula ialah sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 03.03.2009 |
saya ingin maksud: 1.Kreatif 2.Inovasi | kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; | Makna | 04.11.2008 |