ASSALAMMUALAIKUM. SAYA NAK MEMASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TEMA INI SAMAADA BETUL ATAU TIDAK ATAU YANG LEBIH SESUAI PENGGUNAANNYA SEPERTI SENARAI DIBAWAH. "INOVASI MENJANA TRANSFORMASI, MEMBUDAYAKAN KREATIVITI MENAKHLUKI EKSPEKTASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENTRANSFORMASI GLOBALISASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENJANA TRANSFORMASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI, PEMANGKIN KUALITI, MELENGKAPI EKSPEKTASI" | Tema atau cogan kata lazimnya ringkas dan mudah diingat. Berdasarkan senarai yang ada, kami cadangkan "Inovasi Menjana Transformasi" atau "Inovasi Pencetus Inspiras" atau tema lain yang ringaks, tepat dan difahami.
| Tatabahasa | 26.07.2013 |
Ketepatan Tema: Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti. Bolehkah digunapakai? | Frasa "Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti" tidak tepat dari segi maknanya. Cuba lihat makna tiap patah kata satu per satu, transformasi bermaksud perubahan bentuk, kreativiti bermaksud kebolehan mencipta/daya kreatif, inovatif bermaksud bersifat inovasi dan berkualiti. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan. | Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan. Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Makna | 25.04.2011 |
Salam 1Malaysia, saya ingin bertanya kepada tuan/puan berkenaan penggunaan perkataan dalam tajuk thesis saya, adakah sesuai atau tidak dalam penggunaannya. Berikut tajuk thesis; "PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI SUBJEK APLIKASI KOMPUTER GRAFIK BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK KE ARAH MEMBENTUK KREATIVITI PELAJAR SPH" Soalan: 1. Adakah perkataan "membentuk" dalam ayat thesis saya sesuai dan jelaskan. 2. Berikan cadangan perkataan yang sesuai untuk ayat thesis saya jika ia tidak sesuai. kenapa? 3. jika terdapat dalam mana-mana penggunaan perkataan yang tidak sesuai dalam ayat tersebut, sila kemuka dan jelaskan. sekian, terima kasih atas khidmat bantuan yang diberikan. | Saudara, Untuk mendapatkan tajuk yang baik dan sesuai adalah lebih baik saudara membincangkannya dengan pensyarah atau penyelia saudara. Ruangan ini disediakan untuk menyelesaikan keraguan tentang penggunaan bahasa khususnya tatabahasa. | Lain-lain | 09.11.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, di dalam kajian sastera, apakah perbezaaa anatar jalan cerita, teknik plot dan teknik penceritaan? Adakah jalan cerita itu merangkumi teknik plot dan juga teknik penceritaan? Terima kasih. | Teknik plot atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyampaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. | Sastera | 22.07.2013 |
APAKAH MAKNA INOVASI? | Berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, inovasi bermaksud 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi. | Makna | 06.08.2010 |
Terdapat kekeliruan..adakah frasa "Restoran Ong Kee (Tauge Ayam)" boleh diguna pakai? Atau "Restoran Tauge Ayam Ong Kee"...? | Jika penekanan perniagaan ialah pada menu istimewanya, ayat yang betul ialah Restoran Tauge Ayam Ong Kee. Jika nama pemilik atau pengasas perniagaan yang diutamakan, ayat yang betul ialah Restoran Ong Kee. Saya telah meneliti papan tanda rangkaian “Restoran Ong Kee Tauge Ayam” melalui internet. Perkataan Restoran Ong Kee (Tauge Ayam) membawa kekeliruan makna. Namun, untuk tujuan perniagaan, melalui kreativiti reka bentuk papan tanda, penekanan terhadap perkataan Restoran Ong Kee dan perkataan Tauge Ayam boleh kelihatan setara. Misalnya: Di bahagian kiri papan tanda ialah perkataan Restoran Ong Kee (pada baris pertama Restoran, pada baris kedua Ong Kee); di bahagian kanan papan tanda, pada baris pertama ialah perkataan Tauge Ayam, pada baris kedua ialah terjemahannya dalam tulisan Cina (Nga Choy Kai). Di bahagian tengah, letak pemisah, misalnya gambar hidangan tauge ayam tersebut. | Tatabahasa | 29.09.2011 |
Adakah perkataan "kelangsungan" boleh diguna dalam apa-apa ayat? Contohnya ayat: Oleh itu pengesahan daripada Pengurus Besar Negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) adalah perlu untuk kelangsungan projek ini. | Boleh. Berikut disertakan makna kata kelangsungan. Kelangsungan: perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan: semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yang lainnya seperti novel dan cerpen yang akar kemahirannya adalah kelangsungan daripada kreativiti pelipur lara; | Lain-lain | 14.04.2009 |
Apakah yang dimaksudkan sebagai mesej dan pandangan penulis dalam sesebuah karya sastera sama ada dalam sastera tradisional atau moden. Ada berapa jenis mesej dalam penulisan sastera. Bagaimana mebuat analisis pemikiran yang digarap oleh penulis sesebuah karya sastera. Siapakah sarjana dalam sastera | Mesej ialah pengajaran atau moral cerita yang merangkumi keseluruhan cerita tersebut kesan daripada pembacaan karya sastera atau kesan daripada menikmati serta menghayati karya sastera. Mesej atau pandangan penulis ini bergantung pada cerita atau karya tersebut, contohnya menghormati ibu bapa dan buat baik dibalas baik. Untuk lebih memahami tajuk ini kami cadangkan saudara merujuk buku Glosari Sastera dan Kamus Puisi, terbitan DBP serta buku Landasan Kreativiti, karya Othman Puteh, terbitan DBP. | Sastera | 01.07.2011 |
saya ingin maksud: 1.Kreatif 2.Inovasi | kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; | Makna | 04.11.2008 |