Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata krim-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan Heavy Cream dalam Bahasa Malaysia? Krim tebal atau krim pekat?Terjemahan yang sesuai ialah "krim pekat".Lain-lain01.03.2021
ejaan ais krim atau aiskrimEjaan yang betul ialah aiskrim.Ejaan21.07.2013
Adakah perkataan-perkataan di bawah ini merupakan kata tunggal? a. cat b. krim c. ambil d. suara e. suka terima kasihCat, krim, ambil, suara  dan suka merupakan kata tunggal. Untuk pengetahuan tuan, kata tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas shaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap.Tatabahasa25.07.2018
Hi, untuk frasa ini - Coconut Cream Covered Wafer with Coconut Flakes (deskripsi dalam bahasa melayu - Wafer Bersalut Krim Kelapa dengan Kepingan Kelapa) adakah betul? apakah ayat yang sesuai untukCoconut Flakes dalam bahasa melayu?Cadangan terjemahan bagi “Coconut Cream Covered Wafer with Coconut Flakes” ialah “Wafer Bersalut Krim Kelapa dengan Kepingan Kelapa”, bergantung pada kesesuaian penggunaan dalam bidang tertentu. Makna23.05.2024
Adakah kr itu konsonan bergabung. Jadi aiskrim ialah [ais.krim] mengikut DBP online. Tapi kenapa akronim ialah [ak.ro.nim] bukan [a.kro.nim] mengikut DBP online? Terima kasih.Pihak kami telah mengemukakan soalan ini kepada bahagian yang berkaitan. Sebarang maklum balas lanjut akan dimaklumkan kepada pihak tuan/puan melalui e-mel.Lain-lain19.08.2021
Tuan, bolehkah perkataan "Toping" di gunakan. Toping (Bahasa Inggeris, topping) adalah krim atau gula yang disapu di atas kek atau Aiskrim. Terima kasih.Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk topping ialah hias atas atau hiasan.Istilah01.10.2012
Salam. Apakah terjemahan bagi 'sunblock cream' ? Terima kasih.Terjemahan bagi "sunblock cream" ialah krim pelindung matahari.Istilah04.05.2017
Adakah prasa 'mohon pencerahan' ini tepat penggunaannya?Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit.
"Cerah" pula bermaksud: 
cerah l 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. Jadi, frasa itu boleh digunakan.
Lain-lain27.10.2014
apakah perbezaan antara digraf dan konsonan bergabung? perkataan seperti kh, gh, ng, ny dan sy ialah digraf. jadi, perkataan seperti krim, drama, skor, klinik ialah konsonan bergabung. bagaimanakah pula dengan perkataan pisang, potong, kacang? terima kasih atas keprihatinan tuan menjawab soalan saya.Perkataan ng dalam pisang, potong dan kacang merupakan digraf.Tatabahasa26.06.2013
Salam. Sya bekerja di kilang roti. Untuk produk 'Slice Cake Banana' jika mahu ditukarkan dalam bahasa melayu, apakah nama yang sesuai untuk digunakan pada pembungkusan? Lagi, Pandan Kaya Cream Bun, adakah ditukar bahasa melayu menjadi Ban Krim Pandan Kaya. Terima kasih.Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk 'Slice Cake Banana'  ialah 'Sepotong Kek Pisang'.
'Pandan Kaya Cream Bun' dalam bahasa Melayu ialah 'Ban Krim Kaya Pandan'.
Makna09.05.2021
12

Kembali ke atas