Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kris.tal] | کريستل

Definisi : bahan yg hening spt kaca, hablur: jambangan ~; mengkristal menjadi kristal atau spt kristal; mengkristalkan menjadikan kristal, meng­hablurkan; pengkristalan perihal mengkristal, peng­habluran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kris.tal] | کريستل

Definisi : benda yg hening spt kaca; hablur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kristal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ayat : Ibu risau kamu akan terluka jika barangan kaca atau kristal itu ( terjatuh , jatuh). Perkataan mana tepat, terjatuh atau jatuh? Terima kasih.Salam sejahtera. 
Perkataan yang tepat bagi ayat tersebut ialah  "Ibu risau kamu akan terluka jika barangan kaca atau kristal itu terjatuh.
Tatabahasa02.04.2013
Pulau Redang, Syurga dunia bg kalian. Tempat helang hinggap, Tanah penyu mandi. Lawat di sini, Pandainya macam perak, Airnya serupa kristal. Henti di sini, Hilanglah duka, sampailah nyaman. Tinggalkan keluh, ambillah tenang. Di sini, batin kian cerah, Di situ, sukma makin damai. Dlm syair ini adakah sst akan timbulkan salah faham? Adakah perkataan kurang sesuai?Pada pandangan kami, syair tersebut tidak menimbulkan salah faham.Sastera07.12.2016
apakah istilah yang tepat bagi Scrum, Extreme Programming (XP), Crystal, Dynamic Systems Development Method (DSDM), Lean Development, and Feature-Driven Development (FDD) dalam kaedah pembangunan perisian?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 
Scrum - Skrum
Extreme Programming (XP) - Pengaturcaraan Ekstrem
Crystal - Kristal
Dynamic Systems Development Method (DSDM) - Kaedah Pembangunan Sistem Dinamik
Lean Development -Pembangunan Padu
Feature-Driven Development (FDD) - Pembangunan Berpandukan Ciri/Pembangunan Pacuan Ciri
Istilah14.03.2017

Kembali ke atas